Wednesday, April 21, 2010

Tragedi Tsunami 26 Dis 2004

Tadi layan citer Asmaradana. Lepas tu sambil sambil blogwalking tengok tv, tukar2 channel sebab bosan..tetiba terbuka channel pasal Tsunami yang berlaku 26 Dis 2004. Tentu korang pun tak boleh lupa kan.
Kejadian paling dasyat, sungguh menyayat hati bila tengok semula ulang tayang video amatur, di Banda acheh, di sri Lanka.

Masih kelu lidah bila tgk saat2 ombak membenam kapal laut di Phuket dan  menyapu org yang ada di tepi pntai, hanya dalam beberapa saat,  ingat lagi  2 wanita  yang dibawa arus tsunami yg deras di sri Lanka..terlepas dari tangan sekumpulan orang yang selamat.

Dulu penah belajar pasal Tsunami dlm subjek Geografi tapi belum cukup paham dan belum pun terbayang betapa dasyat kesannya pada manusia dan alam. Tau yang Tsunami tu ombak besar, duk bayangkan Tsunami tu cuma jadi di Jepun je kot...masa belajar di sekolah dulu la.. sebelum berlaku Tsunami thn 2004 tu.
Sekarang dah paham.


Dalam video amatur tu pun, ada rekod percakapan orang yang berada di tepi pantai tu, diorang nampak ombak memutih berbentuk garisan, tapi masa tu diorang tak tau pun kesan dan kelajuan ombak tu sebenarnya lebih dasyat dari apa yang dibayangkan.

 Phuket

Mat saleh tu pun tak tau pe kebenda garisan ombak putih yang memanjang di pantai Phuket tu..dan sememangnya benda tu tak pernah berlaku pun sebelum ni..


Phuket



Apa yang saya ingat?
Pagi hari 26hb Dis 2004, saya tidur lewat malam tu so pagi hari 26 hb tu dalam pukul 8.00pagi, saya tak bangun sarapan,(jadi saya masih krohhh! krohh!... tak join diorang) masa tu abang Chik(abg saya) tengah sarapan dengan mak dan kakak, mkn roti canai..


Abg Chik sembang-sembang katanya nak pegi ke Tanjung Dawai nak cari belacan, nak bagi kawan dia di KL, lepas tu tak jadi sebab mak cakap, di Pekan Rabu pun ada gak.  Sembang punya sembang...

Tetiba..mak kata pening kepala (mak rasa terhoyong hayang kepala dia kat meja makan)
Mak ingat roti canai tu buat dia jd pening.  Mak tanya abg Chik, pening ke tak? Abg Chik kata, dia pun pening jugak, dia ingat mak tertolak kerusi dengan kaki.

Lepas tu, cermin dalam rumah bergoyang mcm ditiup angin..Abg Chik kata..ni gempa bumi ni...Mak, kakak dan abg Chik lari keluar rumah,

Aku kat mana?
Ok..Aku yg dibuai mimpi masa tu..terasa katil mcm digoyang2, mcm duk atas air, aku pun terjaga ..ingat Abg Chik nak dengkikan aku, sebab aku tak bangun lagi..so aku pun terjaga dan dengar riuh-riuh kat laman, mak duk pekik ada gempa bumi..aku pun dengan mamai..lari keluar rumah, dengan blur masa tu..ingatkan rumah nak roboh dah..

Kat laman, aku tengok kereta kat posh bergoyang2 sikit, dan kami dapat rasa jugak gerakan kecil tu. Gabra jugak ler.

Pastu beberapa minit hilang la gempa tu. Tengahari keluar le berita kat TV sampai ke malam, cerita pasal Tsunami...dan  Kuala Muda, Tanjung Dawai, Penang pun kena jugak..
Mak kata..nasib baik abg Chik tak jadi pi ke Tanjung Dawai pagi tu...

Tu le serba sikit cerita pasal Tsunami 26hb 2004. (lupakan kisah aku tengah tido tu)


Yang paling tak boleh lupa jugak ialah kisah mangsa Tsunami, Encik Zulkifli yang kehilangan 5 orang anak sekaligus di tepi pantai  di Balik Pulau..semasa mereka sedang bekelah sekeluarga. Tak dapat bayangkan betapa pilu perasaan dia kan..bila anak hilang lesap di depan mata.Anak-anaknya yang terkorban:
 Siti Nurain, 17, Siti Nur Atikah, 9, Siti Nur Shuhada, 10, Mohd. Shukri, 12, dan Siti Suraya, 5.
Al Fatihah untuk mereka.
Keluarga En Zulkifli




Sorang lagi mangsa baby yang selamat masih di atas tilam, sekarang budak tu dah besar dah kan..6tahun dah

Banda Acheh yang hilang lenyap dan ranap selepas beberapa minit diserang oleh Tsunami.. terbayang2 semua tu. Macam kiamat kecil. Banda Acheh yang mula sekali diserang, lepas tu persisir pantai Phuket dan Malaysia serta Sri Lanka.




Segala kejadian dan musibah itu...tentunya ada sesuatu hikmah yang tersembunyi..

8 comments:

.::WaNiE::. said...

wani salu gak tengok video amatur kat utube ni. tak puas tengok mesti nak tgk search byk2 nak tengok mcm mana rupa dia.

Still sangat menakutkan :(

nuriz said...

masih kelu lidah bila tgk saat2 ombak membenam kapal laut di Phuket, menyapu org yang ada di tepi pntai...

Unknown said...

takut :( dh la sy blaja kt indon skg ni..hopefully xberlaku lagi bnda cmtu ...=.=

pak long said...

salam...
moga ia jadi iktibar buat diri ini...

Jieda said...

tengok kat tv astro ke?kalau tgk kat tv astro memang selalu dorang tayangkan.saya kalau tgk mesti menangis.sedih mengenangkannya

nuriz said...

kat channel 555 sekali interview dgn mangsa yg selamat

SwEetForEst said...

sweet ingat lagi..time ni sweet dlm feri dari pulau langkawi nak balik..sampai je kt jeti kuala kedah..ayah sweet dpt pangilan dr along..tanye macam mana keadaan.. ingatkan kenapa..rupe2 nye tsunami.. alhamdulillah feri kami tak kena..

ZilaJai said...

mmg xdpt nk bygkan betapa dasyatnyer kejadian tsunami ni...ya Allah, jauhkanlah kami semua dr bencana sebegini rupa...amin....

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics