Friday, February 13, 2009

GENG : UPIN IPIN FILEM ANIMASI 3D PERTAMA DI MALAYSIA




Filem animasi 3D Animation pertama di Malaysia,Geng: Upin dan Ipin sudah masuk pawagam. Watak yg comel kegemaran ramai ni memang sudah ditunggu tunggu bukan setakat peminat kecil, org dewasa pun suka sgt. Suara yg cute lagi petah tu memang teringat ingat le..tagline glemer upin ipin betul betul!! Hehehe

Masa aku tgk the making upin ipin kat tv memang dasyat le tenaga kerja filem animasi Geng ni.Nak reka baju tadika pun detail sgt, diaorang buat ulang ulang byk kali sampai le dapat hasil yg memuaskan.
Rakaman suara watak pulak buat di studio khas supaya kesan bunyi tu berkualiti tinggi, ada pulak pelatih yg duk melatih , membantu le supaya kanak kanak yg digunakan suara mereka tu faham dialog jd kena le bg cadangan intonasi yg bagaimana yg sebaiknya.

Rekaan set latar belakang tu la yg ada aplikasi 3D diaorang guna Autodesk Maya 2008, Rekaan latar belakang ni persediaan utk proses animasi , contoh set sekolah tadika, set rumah dan byk lg le.
Texturring nak letak warna ke ats permukaan semua objek mcm dinding, baju, batang pokok dll diaorng guna sotware Adobe Photoshop CS3. Best jgk kalau dpt belajar guna, tak pernah try lg ni..



Rigging ialah istilah bg proses nak buat tulang tulang pd bdn karakter yg siap, sbb tu kita nampak mcm tgn betul, semua blendshape atau ekspresi muka mcm marah, sedih, masam melalui proses ni.

Proses Animasi plak juruanimasi akan gerakkan karekter berpandukan storyboard (papan cerita) supaya apa yg disampaikan mcm perasaan personaliti watak tu berjaya ditonjolkan. Semua gerakan watak animasi berbeza ikut usia mcm watak opah dan ipin mestila berbeza supaya nampak hidup.



Lighting dan Render adalah proses menerangkan animasi yg telah siap supaya nanti ikut mood yg diinginkan contoh suasana panas, malam dan senja. Render ni ialah gabungan hasil akhir semua elemen- elemen visul texture, lighting, shadow, efect dll. Proses ni ialah proses yg menggunakan kuasa komputer yg sgt tinggi. Render akan dilakukan secara mengasingkan lapisan karekter dan latar belakang.

Step Compositing akan dibuat bila proses render tu siap, compositor akan ambil semua imej yg telah dirender dan digabungkan dlm Adobe After Effects CS3. Compositor akan melakukan proses color correction seperti menambahkan contrast, naikkan warna dll. Dlm proses ni jgk akan ada penambahan kesan asap, kilat, chaya matahari dll.




Editing plak ialah proses akhir, semua elemen video dan audio digabungkan utk dpt hasil akhir, proses suntingan akan dibuatutk dptkan part2 yg perlu. Dlm step ni diaorang gunakan Adobe Premiere Pro CS3 dan hasil last akan ditukarkan kpd format beta tape utk tayangan. Sekian ceritanya di sebalik the making Upin Ipin.
Nantikan upin ipin dewasa pulak..macam mana rupanya Upin Ipin dewasa.

Dapatkan nada dering upin ipin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics