Tiga keping gambar Nabil Raja Lawak yang tersebar di beberapa blog dan ke tangan wartawan hiburan membuatkan Nabil rasa rimas dan susah hati. Nabil menafikan gambar panas yang mirip wajahnya sedang bercumbu dengan seorang gadis teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.
Nabil kata gambar tu bukan gambar dia dan Qasha tetapi menggunakan teknik superimpose yang canggih, sampai orang tak dapat kesan sama ada gambar tu tulen ke palsu. Ye ke Nabil? Ahaks!
Gambar tu tidak pernah disebarkan di mana mana media dan gambar tu kononnya diambil dari laptop Nabil secara curi.
Baru-baru ni Nabil yang pernah bercinta dengan Irma Hasmie dah putus, belum habis lagi cerita tu, timbul pulak kisah Nabil dengan Qasha ni yang dilihat mesra seperti sepasang kekasih. Qasha ni ialah kakak kepada pelakon remaja dalam Ahmad Durrah, Zaris Nelydia.
Uqasha atau Qasha ni pelajar lepasan SPM, dan bakal melanjutkaan pelajaran ke Kolej SEGi Subang Jaya. Qasha anak kedua dari tujuh adik beradik dan berasal dari Kelantan, pernah berlakon dalam drama Lukisan Hati, tak pasti dah tayang ke belum drama tu.
Difahamkan perpisahan Nabil dan Irma Hasmie ada kena mengena dengan hubungan cinta 3 segi, bila Irma dapat menghidu yg Nabil jugak ada hubungan istimewa dengan Qasha. Ni kira kantoi dengan Irma le ni ye.
Nabil dan Qasha jugak pernah dilihat bercuti bersama di Phuket pada bulan Okt lepas dan kemesraan mereka dapat diskodeng oleh para wartawan di sana.
Petikan dari BiPop
31 Oktober lalu BiPop mendedahkan kisah percintaan hampir tiga tahun antara Nabil dan Irma yang sudah terlerai, selain turut diselitkan sekeping foto kiriman blogger memperlihatkan foto Nabil bersama Sha di sebuah restoran. Irma menyifatkan punca perpisahan mereka adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum mahupun peminat mereka.
16 Oktober , Nabil tertinggal sampul hadiah yang diberikan Sha di restoran berkenaan. Difahamkan, isi kandungannya berupa surat cinta dan baju kotak-kotak yang dihadiahkan Sha kepada Nabil sempena ulang tahunnya ke-27 pada 26 September lalu. Menurut sumber, selepas menemui Sha pada tarikh berkenaan, Nabil terus menghadiri majlis hari jadinya yang dirancang Irma secara mengejut di rumah kenalan mereka di Kota Damansara, Selangor.
Apa yang menarik, menurut sumber, Nabil masih mengenakan pakaian sama ketika menemui Sha apabila menghadiri sambutan hari lahirnya bersama Irma selepas itu!
B*POP minggu lalu melaporkan, Irma yang juga pengacara program hiburan, Galaksi di TV9, membuat `lawatan mengejut' ke kondominium baru dibeli Nabil di Changkat View, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur selepas berlakunya beberapa siri perselisihan pendapat antara mereka sejak kebelakangan ini. Tarikh ‘lawatan’ berkenaan dikatakan pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 4 pagi.
Menurut sumber rapat pasangan berkenaan, hati Irma hancur luluh apabila dia melihat Nabil bersama gadis lain di kondominium itu! Namun, ia tidak memperlihatkan Nabil berdua-duaan dengan gadis yang difahamkan bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan itu, sebaliknya bersama mereka ialah seorang kawan baik Nabil dikenali sebagai Reza.
Alahai..betul ke tak betul tu gambar Nabil? tetapi telinga capang tu macam ku kenal heheh!!
p/s : naik cepat jatuh pun cepat..hidup dalam dunia glemer mungkin boleh lupa diri..
14 comments:
bukan mirip lagi tuh...dah mmg sebijik2 telinga ia...muahahaha
hehe tang telinga tu memang nampak capangnye hehe
super impose?
agak2 la nabil oi...
dah mmg sbijik tuh...
memang dah sangat2 panas dah nih!
macam biasa. alasan paling mudah untuk mereka : Superimpose.. lalalala
Terbaru >> 1) Nuffnang Premiere Screening - Skyline 2) Iklan Melayu Cadburry 3) Tipikal Drama Melayu
Alasan mudah dan ringkas...SELAMAT
Aku mmg benci sesangat mamat nih..buat lawak tu dah melampau2 sangat(masa tu kompeni aku panggil dia ). Dia ingat dia dh bagus sgt la bila dh top n jd artis...
macam2 dunia artis nih...memang macam2..
tuhh la nabil... duk suh orang pk je.. skang dia yang tak gheti nak pk...
nak jadi peterporn malaysia ke apa... sian irma.. tentu kuciwa an an
hurm.
org x ingat syurga neraka ke
sedih la kalo betul..cemana nak jadi ikon masyarakat..huhu
bibir yang ala ala angelina joli.. adoi nabil lu pikir ke tak ni sebelum cium. grr.
nabil ni mmang xsdar diri..
die xingat ke asal usul die..
dari despatch smpai dh jdi ape skang?tu pun xsdar lg ngan kmwahan yg die ada,..
dulu aku minat gile kat die..tpi skang x lg..
memang terer la kalu sape boleh buat superimposed cam gitu
Post a Comment