Pasal kemalangan melibatkan bas ekspress lagi, bas ni mesti dipandu laju sampai melambung. Pemandu bawa bas macam bawa jet ke apa? Selalu selisih dengan bas ekspress yang laju di lebuhraya mengalahkan kereta, kadang-kadang bas 2 tingkat pun lagi laju dari kereta. Nampak macam terhuyung hayang je bas tu, menakutkan le cara bas tu dipandu. Dulu orang cakap jangan naik bas malam-malam, bahaya..sekarang malam ke siang sama je, kalau dah sikap pemandu bas tu macam tu jugak tak pentingkan keselamatan penumpang.
Update: Senarai Mangsa Kemalangan Ngeri Simpang Ampat
Berita hari ni:
Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Video you tube Kemalangan di Simpang Ampat , 12 orang maut
Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.
Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
Sumber - BERNAMA
Update: Bas bergoyang kuat dan berpusing
Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.
Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah dihantar ke hospital.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.
“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian malam tadi.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.
Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh raya bertentangan.
“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera ringan,” katanya yang cedera muka dan tangan.
Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.
Sumber : Berita Harian
9 comments:
alfatihah buat mereka yg terkorban
time sy balik johor ni pun ada xcdent kt highway kl-seremban.. teruk sgt sbb stuck 4jam! rasa nya ni la jem paling teruk pernah sy alami.. bus terbalik. hancur separuh bus..then ada myvi skali remuk. hurmm.. before that, ad xcdent kt highway tu gak yg melibatkan moto.. huhu..malam ni memang mengerikan..
singgh pagi sis
update bebyk pasal ni
aku nak baca
aku tak baca paper on9
roger n out..
pergh memang gilar..:P
sama ler kite black_roses92...kul 8.30 dr kl smpai melaka dekat 2 pagi...huhuhu...penat giler...
saya pun balik dari shah alam malam tadik... dekat 8 jam jugek tersnagkut kt saner... mcm2 aku npk.. kesian aku tgk...
tp mmg xle dnafikn...pmndu bas skang susah sgt nk bhati2...bwk bas ngalah kan tgh kayuh basikal jerk...
Post a Comment