Pengiran isteri Azrinaz Mazhar Hakim atau Azrinaz Mazhar Hakim bekas wartawan TV3 telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu.
Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010.
Kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/
Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz pada tahun 2005.
Senarai Putera Puteri Sultan Hassanal Bolkiah bersama 3 Isteri Baginda
Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.
Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008, Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.
Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.
Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.
Isteri dan Putera dan Puteri Sulatan Hassanal Bolkiah
HM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha:
- Puteri Rashidah (dilahirkan 26 Julai 1969)
- Puteri Muta-Wakkilah (dilahirkan 12 Oktober 1971)
- PuteraTengku Mahkota HRH Al-Muhtadee Billah (dilahirkan 17 Februari 1974)
- Puteri Majeedah (dilahirkan 16 Mac 1976)
- Puteri Hafizah (dilahirkan 12 Mac 1980)
- Putera 'Abdul Malik (dilahirkan 30Jun 1983)
Pengiran Isteri Mariam:
- Putera 'Abdul 'Azim (dilahirkan 29 Julai 1982)
- Puteri 'Azemah (dilahirkan 26 September 1984)
- Puteri Fadzillah (dilahirkan 23 Ogos 1985)
- Putera 'Abdul Mateen (dilahirkan 10 Ogos 1991)
Azrinaz Mazhar Hakim
- Putera'Abdul Wakeel (born 1 June 2006)
- Puteri Ameerah (born 28 January 2008)
4 comments:
salam ziarah.
nampaknya banyak dugaan dalam hidup ni.
perkahwinan pun banyak dugaan.
ingat belajar je banyak dugaan.
nak buat cemana jodoh tak panjang, kita merancang tuhan menentukan
mcm2 kes cerai skang..kerabat raja pn byk cerai jgk..ish3
dh takdir tuhan..terima je la kan..jom lawat blog peanut plak..
Post a Comment