Wednesday, September 29, 2010

Video Erni Dekritawati Ditemuramah Radio 24 di You Tube , Kenapa Erni Tak Bersedih

Video Erni Dekritawati di you tube  ni semasa Erni ditemubual di dalam Radio 24 Bernama. Erni kesal kerana ada pihak media yang melaporkan pasal data-data aset syarikat yang tak benar. Banyak spekulasi yang dilaporkan tentang kes bunuh Datuk Sosilawati iaitu ibunya.

Soalan kenapa Erni nampak tenang dan tak bersedih atau menangis, dia nampak cekal walaupun dalam keadaan sukar menghadapi kes paling besar ni.



Sebagai anak sulung dia menjadi ketua kepada keluarganya sekarang dan mesti memimpin adik-adiknya. Kehidupan mesti diteruskan kata Erni dia akan memenuhi permintaan dan cita-cita ibunya. Erni menjawab dia perlu kuat dan menunjukkan kekuatan dan ketabahan menerajui dan menghadapi masa masa sukar ni.

Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul...lihat video temuramah dengan Erni Dekretawati ni.

2 comments:

suzzsuzie said...

mmg heran tgok dia tak sedih..kdg2 kita cuba sembunyikan tp sedih dia mmg pandai cover betul..agaknya dia redha

Admin said...

Assalamualaikum..,

Tidak salah bersedih atau menangis, tetapi kita juga tidak disaran menangis sampai nak tercabut biji mata dan meneruskan serta menunjukkan kesedihan berpanjangan kerana lagi kita menangis, "mayat" arwah akan tersiksa.

Lagipun apa gunanya menangis dan lama2 mengekalkan kesedihan itu, menangis dan bersedih tidak menyelesaikan masalah. Orang lain cuma seketika menunjukkan simpati, tapi yang nak menanggung kepayahan hari esok adalah anak sulung arwah yg menggalas tanggungjawab besar.

Ada yang menangis bagai nak hilang nyawa tapi itu hanya auta dan wayang semata-mata. Depan orang tunjuk sedih, tapi disebaliknya hati busuk.

Saya amat setuju dgn reaksi anak sulung si arwah ini. Seeloknya kalau nak melalak sekalipun, tidak perlu tunjuk depan orang, menangislah ketika solat dan ketika berdoa kepada Allah SWT sahaja.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics