UPDATE : Bekas Permaisuri Aishah Saman Uncle Seekers
Entri : Uncle Seekers bercinta dengan Fauziah Latiff (Gee)?klik
Sejak beberapa hari lepas ada beberapa laman web dan blog dah banyak bercerita tentang kisah cinta Uncle Seekers dan bekas permaisuri Agong, Datuk Amar Siti Aishah. Satu lagi berita yang menggemparkan. Hampir tak percaya bila tengok gambar mesra uncle dan bekas permaisuri. Korang boleh baca sendiri kat laman web uncle Seekers dan banyak gambar gambar mesra Uncle dangan Aishah. Uncle dengan berani telah membuat pengkuan tu dan menceritakan pada umum yang dia memang bercinta dengan bekas Permaisuri Aishah.
Dalam petikan akhbar Sinar Harian, Uncle atau nama sebenar Syed Abdullah, mengakui dia dan Aisyah mula berkenalan dan rapat sejak Januari tahun ni, apabila Aishah dan keluarganya datang ke rumah di Janda Baik.
Uncle jugak menulis dalam laman web tu dia diugut kerana cinta mereka tak direstui oleh ayah Aisyah. Macam drama le pulak.
Boleh baca kisah cinta Uncle Seekers dan Aisyah di laman web Uncle Seekers, part1
part2 , part 3, part 4, part 5 dan part 6
Sedikit petikan dari tulisan Uncle Seekers
Percutian Aisyah di saufiville beberapa kali kerana aisyah nak berehat bersama saya itu pun saya hanya sempat luangkan masa tak sampai 1 atau 2 jam. Kebanyakannya aisyah akan melawat tempat-tempat lain dijanda baik.
Saya tahu dato seri mula 'terasa hina' apabila aisyah mencium tangan dan pipi saya setiap kali kami berjumpa dan aisyah tidak menghormati dato seri sendiri sebagai ayah. Perkara ini sangat ketara apabila aisyah, mama dan dato seri datang kejanda baik pada malam yang saya bantu aisyah. Aisyah membentak dan berlari anak kehujung taman kerana saya suruh aisyah meminta maaf pada dato seri?
Dato seri...bantuan yang saya beri pada aisyah pada malam tersebut yang disaksikan sendiri oleh dato seri, mama dan aisyah membuatkan dato seri terkejut bukan?
Petikan Berita Sinar Harian
awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.
“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.
“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.
Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.
“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.
“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.
Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.
“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.
“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya.
Sejauh mana kebenarannya kisah "cinta syy"..tak tau le, tapi ada cerita lain yang mengatakan Datuk Amar Siti Aisyah menghidap penyakit misteri dan mengalami tekanan perasaan, dan dia bertindak di luar kewarasan. Ada jugak yang menganggap uncle seekers ada agenda tersembunyi kerana memaparkan kisah cinta di laman blognya.
p/s: tak berapa paham le makna cinta syyy...bukan cinta sebenar..apa maksudnya ye??
Biografi/ Biodata Bekas Permaisuri Siti Aisyah
Datuk Amar Siti Aishah membesar di Kuala Lumpur, menerima pendidikan awalnya pada Jalan Gurney Primary School dan terus kajiannya dalam Pengurusan bank di kampus UiTM cawangan Kelantan.
Selepas berkahwin dengan Sultan Selangor, DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 03 Mei 1990 dalam usia 19 tahun, beliau menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Besar Selangor Siti Aishah. Pada 24 Oktober 1998 Baginda telah dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah dalam satu istiadat perlantikan yang diadakan di Balai Rongseri Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
Beliau menjadi Permaisuri Agong pada usia muda iaitu 29 tahun.
Pada 26 April 1999 dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong X1, Tuanku Siti Aishah. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Raja Permaisuri Agong kerana Suaminya, KDYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat pada 21 November 2001. Beliau sempat menjadi Raja Permaisuri Agong selama tempoh dua tahun enam bulan sahaja. Beliau tidak dikurniakan sebarang zuriat bersama Al-Marhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Beliau orang biasa kedua yang menjadi Raja Permaisuri Agong, dia dipercayai telah berkahwin semula sejak kematian raja mendiang suaminya pada 21 November 2001 tapi kenyataan tu telah disangkal.
Beliau kini tinggal dengan keluarganya dan menghabiskan masa lapangnya menjadi pengasuh untuk anak-anak saudaranya, membaca buku, memasak, bermain golf, dan mengumpul buku-buku.
16 comments:
Ye ke haaa sume tu.Mcm ade yg x kene je.Bukan ape,yg pompuan tu betudung labuh,nampak baik tp katenye bile berjumpe siap cium tangan,cium pipi,peluk ape sume.Kan blm kawen lagi pastu siap jumpe kat kondolaa,jumpe kat hotellaa......huhu.
Huhuhuhuhu...
Cuba nak faham motif dia buat mcm tu tapi sampai sekarang tak paham paham. Nak publisti murah ke apa ? Maklumlah dah suam suam kuku
sy pon ade bace jugak blog uncle ni..tp macam geli pon ade..xtau lah betol ke tak..cinta syyyhh maybe cinta diam2 kot..hehhe
saya pon pelik jugak tak kawen lagi tapi peluk2 cium tgn pipi la bagai..mcm tak kena je..mcm di luar kewarasan
dah kemaruk nak kawen la gamaknya tu.. boleh tayang2 mcm tu je?
cerita mcm cerita cinta budak2 sekolah.. over excited. habis semua nak cerita pada 1 dunia. tak menunjukkan kematangan uncle dalam menangani cinta syyy beliau..
tu la kan dear... heran ngan mamat tu. huhu
susah sgat nk percaya
adoii
uncle seekers nie macam tak betul jea, *sigh
sgt mengaibkan bg seorang mantan permaisuri agong yg ayu bertudung sebelum ini!
bodo punya uncle!
Tak nak caye ngan uncle nih.
Haish... cinta syhh pun de ke?adey~ =_='
kalau betul la diorang nih tengah hangat bercinta,aku harap cepat-cepat le kawin bagi menutup segala spekulasi dan umpat keji orang
terkekut tengok..astaghfirullah..huhu
Islam sejati tidak akan mendedahkan kemaluan dan keburukan sendiri pada orang lain..peliharalah keturunan syed yang dihormati, tak usahnak tiru barat , puteri diana n dodi konon, tak usahlahlah mencari nama dan kekayaan cara begini...bertaubatlah
anak beranak dah gila
Post a Comment