Friday, July 30, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

Juara Imam Muda ialah Asyraf, dari Pulau Pinang. Malam ni rancangan yang hampir ditonton di seluruh dunia, melihat Asyraf dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul yang dicari cari sejak bulan Mac lalu di seluruh Malaysia. Berakhirlah sudah pencarian pada malam kemuncak ni.
Juri juri terpikat pada kepetahan dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik maka Asyraf telah dipilih sebagai juara Imam Muda.




Asyraf akan membawa balik hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penaja dan Astro.

Hadiah yang dimenangi ialah biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah.
Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora.
Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji.

 Meh lihat cerita pasal Imam Muda Asyraf ni,



Nama penuh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, berasal dari Pulau Pinang, dilahirkan pada 12 Februari, 1984, dan berusia 26 tahun dan sudah berumahtangga. Aysraf, bertugas sebagai seorang Imam berpendidikan Ijazah Sarjanah Muda dalam jurusan Usuluddin dan Fikah, dari Univeristi Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam program imam muda ni, apa impian Asyraf? dia  ingin memecahkan tradisi namun mahu ia dilakukan berlandaskan prinsip Islam.



Asyraf mempunyai 5 orang adik beradik dan dia anak ke-2. Hobi: Asyraf, ialah membaca buku, menulis blog, melancong dan membeli belah. Makanan kegemaran Asyraf ialah nasi kerabu bersama teh-o-panas. Warna disukai ialah hijau.
Pada masa lapang Asyraf suka main Futsal, badminton dan ping pong. Asyraf minat lagu-lagu Nasyid.
Asyraf ni seorang peramah, pelawak dan selalu je tak lekang dengan senyuman.



3 comments:

Illiana Hidayah said...

sejuk hati ibu mengandung dapat anak mcm ni...
semoga akan trs menyinar dalam dunia serba mencabar..

Amir Izzat said...

salam..wah! tahniah diucapkan kepada beliau..tak sangka dia boleh menang..ingatkan hizbur..hehe.. amir xda astro..xtengok .

cik miss said...

ape nama blog asyraf ni ye?

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics