Kisah Raja Azmi dan latar belakang hidupnya kini menjadi buruan dan ramai nak tahu kisah Raja Azmi semasa muda, remaja dan semasa dia menjadi peramugari MAS ni sejak kes Raja Azmi dengan Roslin Hashim hangat di dada akhbar.
Kenapa Raja Azmi suka labah labah? Kenapa Raja Azmi dikelilingi dan disukai pelajar lelaki di zaman sekolahnya? Nak tahu...baca lagi kisah hidup Raja Azmi..
Raja Azmi suka labah-labah
Raja Azmi suka labah labah dari usia 5 tahun. Kebanyakan kita takut labah labah, saya sendiri geli le tengok labah-labah ni, tambah tambah yg macam black widow tu..macam mana Raja Azmi ni bolh suka dan tak takut dgn labah-labah ek? Boleh kawan dengan Spiderman le gini hehehehe!!
Raja Azmi mendapat banyak hadiah hadiah dan perhiasan berupa bentuk labah-labah di rumah.
"Memang saya suka dengan labah-labah tetapi tidaklah sehingga ke peringkat obses, cuma memang saya akui saya memang tidur dengan objek labah-labah sejak kecil sehinggalah sekarang.
Zaman masa muda atau masa kanak kanak Raja Azmi
Raja Azmi semasa kanak-kanak dalam majlis khatam quran( duduk kiri)
"Saya lebih banyak bermain dengan budak-budak lelaki berbanding perempuan ketika kecil dulu. Mungkin ia disebabkan saya anak tunggal perempuan dalam keluarga.
"Saya memiliki seorang abang dan empat adik lelaki. Justeru, permainan zaman kanak-kanak saya sama seperti mereka, antaranya kami selalu suka menangkap ikan di sungai dan masuk ke hutan, lagipun kami anak askar, jadi kehidupan kami ketika kanak-kanak agak lasak.
"Biasalah kanak-kanak, suka melaga ikan dan meletakkan dua ekor labah-labah dalam kotak mancis dan melihat mereka berlawan. Sejak itulah, timbul minat saya terhadap labah-labah.
Saya banyak membaca buku-buku mengenai labah-labah. Dari situ, saya dapat satu fakta penting iaitu labah-labah tidak akan mengigit kita kalau kita berada dalam keadaan tenang," katanya yang mengakui pernah sekali digigit labah-labah ketika berumur 13 tahun.
Raja Azmi di samping ibunya Lailiah Abdullah
Nama Raja Azmi dan maknanya:
"Saya kaitkan pula dengan nama saya kerana Azmi dalam bahasa Arab membawa erti keazaman atau semangat," akuinya yang pernah cuba membela labah-labah ketika dia mencecah usia remaja tetapi tidak dibenarkan bapanya.
"Satu lagi karakter diri saya yang menyamai karakter labah-labah ialah tidak mudah menyerah kalah,
Raja Azmi popular di kalangan pelajar lelaki
Saya merupakan seorang pelajar popular di sekolah tetapi pencapaian akademik saya sederhana sahaja." Namun, disebabkan popularitinya dia telah dilantik menjadi ketua darjah sejak darjah satu lagi. "Disebabkan saya boleh mengawal kelas, guru telah memberikan kepercayaan kepada saya pada setiap tahun untuk menjadi ketua darjah ketika saya bersekolah di Sekolah Rendah Taiping, Perak."
Di samping itu, ketika di sekolah rendah bakatnya dalam bidang sukan terserlah. "Saya pernah menjadi wakil sekolah dalam sukan badminton ketika darjah lima dan enam, tetapi ia berkubur selepas saya memasuki sekolah menengah,
"Bersekolah di sekolah yang bercampur antara murid lelaki dan perempuan pada era 1970-an, saya dan kawan-kawan rapat saya lebih meminati aktiviti persembahan teater dan tari menari.
"Kalau untuk teater, saya yang banyak bagi idea dan yang jadi puteri raja selalunya sayalah," ujarnya sambil tergelak.
Bakatnya dalam tarian telah menyebabkan dia terpilih mewakili Jabatan Kebudayaan Taiping ketika di tingkatan empat dan lima.
Walaupun dia bukan pelajar yang cemerlang namun ketika di tingkatan tiga, Raja Azmi dilantik sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu.
"Yang kelakarnya, saya sebenarnya tidak pandai buat karangan pun, tetapi saya telah meraih undian 90 peratus daripada pelajar lelaki yang menjadi ahli Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya itu.
"Sedangkan ada pelajar perempuan lain yang meraih markah bagus dalam penulisan karangan tidak pula dilantik, menyebabkan dia berkecil hati.
Mungkin sebab tu lah dia rapat dengan lelaki dan adik angkatnya kerana dia pandai mendekati dan memahami hati lelaki?
Bagaimana dia boleh menulis Buku Black Widow
Gara-gara dilantik atas sebab populariti menyebabkan timbul kesedaran dalam dirinya. "Selepas itu, saya mula mengasah bakat penulisan, barulah saya sedar saya memiliki bakat dalam penulisan tetapi sebelum ini malas mengasah bakat saya itu. "Saya teringat pesan guru saya, Cikgu Ahmad Basyah yang menegaskan suatu hari nanti aya boleh menjadi seorang penulis," ujar Raja Azmi yang menerbitkan novel pertamanya, Black Widow pada tahun 1993.
Raja Azmi menjadi Peramugari
Sejarah hidupnya yang dikelilingi dunia lelaki, Raja Azmi menunjukkan sisi feminin dirinya apabila menjadi pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dari tahun 1979 hingga 1984. Selepas tamat tingkatan lima dengan kelulusan gred dua, dia tidak terus bekerja. "Selama setahun selepas tamat persekolahan, saya mengambil kursus menjahit. Namun pada 1979, saya menghadiri temu duga MAS di Ipoh sebelum menghadiri satu lagi temu duga di Kuala Lumpur. Saya memulakan karier sebagai pramugari pelatih pada Mei 1979.
"Saya masih ingat lagi penerbangan pertama saya adalah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Saya memang seronok sebab tujuan utama saya menjadi pramugari sebab nak berjalan ke negeri lain. Bukannya tumpukan sangat kepada tugasan pramugari sampai kena marah dengan penyelia," jelasnya yang sebelum itu tidak pernah menaiki kapal terbang kecuali kapal terbang kecil atau helikopter tentera.
"Mungkin disebabkan karakter saya, walaupun di awan biru saya tetap popular di kalangan rakan-rakan. Malah saya pernah terpilih menjadi model iklan MAS," ujarnya yang memberitahu penerbangan pertamanya ke luar negara ialah ke London pada Januari 1980.
Begitu le serba sikit kisah hidup Raja Azmi penulis buku Black Widow dan pengarah sensasi dan penuh kontroversi ni.
2 comments:
saya pon suka labah2 dan berniat nak bela tarantula.. tapi saya ada alahan dengan bulu2 dia.. jadi gatal2 kulit + cepat bersin T_T
sy pom...
labah2 comey la...
Post a Comment