Wednesday, August 25, 2010

CAP: Gesa Haramkan Minuman Ringan Alkohol atau Alcopops

Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP menggesa kerajaan mengharamkan minuman ringan yang ada alkohol dan berlabel buah buahan di pasaraya dan kedai 24 jam.

Sedikit penerangan ye pasal minuman ringan yang ada alkohol ni atau dipanggil Alcopops, kandungan alkohol ialah sedikit, dalam 5.5 peratus tapi masih tinggi kalau untuk kanak kanak .


 contoh minuman ringan beralkohol atau Alcopops

Label warna warni tu dan warna minuman seperti warna pink oren, hijau memang budak budak akan suka


kalau tengok dan bila minum je mesti boleh ketagih. Kandungan di botol sukar dibaca dan terlindung dgn warna warni label tu. Pengguna akan sangka minuman tu perisa buah buahan biasa tanpa mengetahui ada alkohol di dlmnya.

Bukan baru kes ni , pasaran minuman alcopops ni sudah lama berada di Malaysia dan negera jiran kita Indonesia pun berasa bimbang tentang ketagihan kanak kanak dan remaja dengan minuman alkohol warna warni ni.

Kandungan alkohol tu boleh memberi kesan buruk kepada otak kanak kanak, merosakkan gigi dan boleh ketagihan jika diambil kerap.

Petikan berita:

Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun,

Idris berkata, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.

3 comments:

as ♥ Leenda said...

sokong 100%..
mula2 minum yang ni, nnt minum yang betul2 punya pulak..pastu jadik lah segala mak nenek gejala sosial...
adoiii..

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan 15

angah setuju sangat apa yg di kata kan oleh kerajaan penang..hindarkan lah dari mabuk hehehe

Linglung said...

mcm sedap je gua tgk air dlm gambar tuuu...budak kecik tgk lagi la terliur

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics