Sunday, September 5, 2010

Datuk Sosilawati Hilang Bersama RM4 Juta, Cetus Misteri

Datuk Sosilawati Lawiya yg jugak ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Novelle Vissage hilang bersama 3 individu lagi, berita mengejutkan ini dalam Buletin Utama Tv3 td, dan  kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang.

Datuk Sosilawati bekas isteri pennyanyi Nash ni keluar untuk urusan perniagaan selama 3 hari tapi belum pulang sejak 30hb Ogos lalu dan sekarang dah seminggu belum mendapat apa -apa berita. Individu yang hilang bersama Datuk Sosilawati ialah peguam, pegawai bank dan pemandunya.


Berita Terbaru: Kereta Sosilawati Ditemui


Mereka dikatakan pergi ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan bagi membincangkan projek baru dan lebih misteri sejak 30hb Ogos itu mereka tak ditemui hingga hari ini.

Polis pun belum menerima sebarang maklumat tentang tuntutan wang tebusan atau ugutan yang diterima dari pihak keluarga Datuk Sosilawati.

Update:

Selepas Datuk Sosilawati meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Wang tu masih belum dipastikan sama ada tunai atau pun dalam bentuk cek.
Sumber: Kosmo dan Utusan

Memang mengejutkan berita tentang kehilangan ahli perniagaan ni ..bukan dia seorang saja yang hilang tapi ada 3 lagi yg hilang bersama dia. Adakah kes culik, rompakan atau....? Misteri misteri...

9 comments:

Bella Enveeus said...

culik atau kemalangan? :(

Hariz said...

kehidupan orang kaya... hehee..
rasanya kes penculikan kot...

Unknown said...

biar betul kena culik....

Haziqah Muhamad said...

ish, bahayalah sekarang neh.

mira_nas said...

macam kena culik je.. RM 4 juta kot

pak wan said...

huishh harap dia selamat la.. skrg ni mcm2 boleh jadi sebab $$$

Cengkih78 said...

salam,

dah ler dekat nak raya, mesti hati anak2 risau dan sedih. takder org yg ingin aper2 buruk terjadi pd yg tersayang, tambah2 menjelang syawal. harap2 takdr yg buruk berlaku. pulanglah sosilawati ooooiii.

tapi kalu hilang kesemuanya..ada kemungkinan - culik/eksiden

banting tu ader tempat yg tersorok gak, org eksiden blh tak nampak oo

harap anak2 sosilawati tabah dan terus berdoa

Syukie said...

4 juta...bnyk tu
aduhhh!!!

admin said...

sebenarnya ada hikmahnya berlakunya kes bunuh ini
akhirnya tertangkapnya penjenah kejam yang masih bebas sebelum ini
kronologi lengkap yang aku rasa lengkap ada kat sini
disebbakan mangsa well known
http://beritasemasa.com/berita-kes-datuk-sosilawati-mati-dibunuh-terkini
al-fatihah untuk keluarga mangsa

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics