Warga Ipoh dan Seremban boleh balik raya naik Tren Elektrik atau ETS dengan harga tiket cuma RM30 je untuk tempoh promosi Raya Puasa. Promosi jugak akan dibuat untuk Tahun Baru China, Deepavali dan Krismas. Lepas habis promosi raya ni tiket akan dijual pada harga RM45.40.
KTMB akan memberikan diskaun kepada warga emas, kanak-kanak, pesara kerajaan dan orang kurang upaya (OKU) dimana kadarnya akan diumumkan kemudian
Tren Elektrik yang berkelajuan 160km/j boleh sampai ke Ipoh dari KL dalam masa 55 minit lebih kurang, berbanding naik keretapi lokomotif diesel atau naik kereta memakan masa 2jam lebih.
ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik nampaknya, cantik jugak badan ETS ni. ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak.
Saya pernah nak merasa naik keretapi dari Alor Setar - KL dulu, naik 7.30 malam...besok pagi pukul 8 pagi baru dekat Rawang, 9.00 pagi baru sampai KL Sentral. Amat perlahan perjalanan tapi takpe la ada katil boleh le tidur dan menikmati permandangan malam :).
Jimat masa dan wang jugak, bagi warga KL yang tinggal di Ipoh untuk pulang kerap ke kampung, lepas ni kerap balik kampung le orang Ipoh.
Ada 2 jenis perkhidmatan tren ETS yang beroperasi lima kali sehari, iaitu Transit dan Ekspres.
Perkhidmatan Transit akan berhenti di sembilan stesen iaitu Kuala Lumpur, Rawang, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar dan Batu Gajah sebelum sampai di Ipoh.
Perkhidmatan Ekspres pula, katanya akan berhenti di empat stesen, iaitu Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Kampar, dan Batu Gajah sebelum sampai di Ipoh.
Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013.
3 comments:
aiseh.. takde diskaun untuk student IPTA ker? :(
cepat gak tu 55 minit dr KL ke ipoh. save banyak masa tu.
wah teringin rasamnya nak naik benda alah ni
DISKAUN UNTUK PELAJAR IPTA AWAM ADA.TAPI KENA PHOTOSTAT IC DAN KAD PELAJAR DLM BENTUK A4.TAPI TAMBANG ETS NI AKAN NAIK RM 45.50,BERKUATKUASA JULAI 2011.SAYA SUKA PERKHIDMATAN KTMB INTERCITY.SEBAB BANYAK PILIHAN KELAS UNTUK DINIKMATI.
Post a Comment