Wednesday, September 8, 2010

Kes Sosilawati hilang : Isteri Noorhisham Pegawai Bank CIMB Terima SMS Pelik

Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

 Anak dan isteri pegawai bank CIMB, Noorhisham yang hilang bersama Sosilawati


Isteri Noorhisham iaitu Suzana, 38 tahun, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa.
"Saya rasa sangat pelik. Apabila saya tanya kenapa, dia cuma jawab yang dia suruh saya faham, nanti balik dia akan cerita semuanya, dan ketika itu dia hanya sehelai sepinggang.

Jadi, saya tak buat apa-apa tindakan kepada polis walaupun saya rasa apa yang berlaku ini pelik sebab bila suami cakap dia akan balik tiga hari lagi, fahaman saya dia akan balik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Seria, Ampang, Selasa.

Suaminya ada memberitahu bahawa beliau akan ke Banting atas urusan kerja bersama-sama Sosilawati, Kamaruddin dan Ahmad Kamil.
"Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf. Nanti balik abang akan cerita," itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya Suzana Radim Pangat menerusi telefon dan sms sebelum beliau dilaporkan hilang.
 Suzana membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 5 petang pada Khamis lepas selepas tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah.


"Saya risau sebab dah tiga hari dia tak balik, sebelum ini dia tak pernah buat macam ni. Kalau pergi out station pun dia akan balik," katanya sambil menambah Sosilawati merupakan pelanggan Noorhisham sejak dua tahun lalu.

Mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, Suzana berdoa agar suaminya dapat pulang untuk meraikannya bersama mereka sekeluarga.
"Kali ini saya tak ada apa-apa persiapan. Hanya saya harap suami saya balik sebelum hari raya. Sebelum suami saya hilang dia dah belikan baju raya untuk anak-anak kami.
"Yang paling menyedihkan ialah 13 September ini adalah ulang tahun kelahiran suami saya," katanya.





 Sumber: Utusan

5 comments:

Unknown said...

ya allah..
sedih nye tangok muka anak2..
saye harap dia orang semua selamat la..
kesian kat anak2..

Belalang hijau Perisik said...

misteri nusantara betul...

Hariz said...

Kesian keluarga mereka :(

New Entry ProfHariz
Bila Takbir Raya Bergema Hatiku...

Mel said...

harap2 semuanya selamat dan segala misteri akan terungkai. amin.

Melati Qistyna's Mummy said...

tu lah, kejadian nie nk dkt ry plak tuh, sian nengok muka ank2, musykil tol la, mana dorg ilang yea

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics