Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Imam Muda Aran dan Azhar Pengacara Khabar Haji, Astro Oasis

Program Khabar Haji di astro Oasis akan bermula 7 hingga 21 November ini,  pada jam 10 malam dari Arab Saudi di Astro Oasis (saluran 106).
Astro menampilkan Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta menjemput khas Imam Muda Asyraf dalam rancangan tu nanti.

Khairul Azhar


Sejak rancangan Imam Muda ni tamat, jarang kita dapat tengok lagi peserta peserta ni dalam rancangan di Oasis. Mungkin dgn ada rancangan ni maka peminat peminat boleh tengok depa kendalikan rancangan istimewa ni. Memang ni satu cara nak tarik minat remaja tengok rancangan pasal Haji, bukan hanya ditonton oleh golongan berumur saja.

Monday, August 2, 2010

Gambar Isteri Imam Muda Hizbur dan Asyraf

Selain orang suka pasal Imam Muda, orang jugak nak tahu dan tengok gambar isteri isteri imam muda. Cantik cantik comel comel belaka isteri Imam Muda Asyraf dan Hizbur ni. Sejuk mata memandang. Paling penting solehah. Isteri yang baik untuk suami yang baik gak kan. Alhamdulillah.

Isteri Imam Muda Hizbur ialah Liliyana Hasanah Yudi, 23 tahun, manakala isteri Imam Muda Asyraf ialah Nurhusna Yusof juga 23 tahun.

Isteri Imam Muda Hizbur bernama Liliyana Hasanah Yudi, 23 tahun.

Friday, July 30, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

Juara Imam Muda ialah Asyraf, dari Pulau Pinang. Malam ni rancangan yang hampir ditonton di seluruh dunia, melihat Asyraf dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul yang dicari cari sejak bulan Mac lalu di seluruh Malaysia. Berakhirlah sudah pencarian pada malam kemuncak ni.
Juri juri terpikat pada kepetahan dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik maka Asyraf telah dipilih sebagai juara Imam Muda.




Asyraf akan membawa balik hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penaja dan Astro.

Hadiah yang dimenangi ialah biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah.
Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora.
Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji.

 Meh lihat cerita pasal Imam Muda Asyraf ni,

Kemuncak Imam Muda Bakal Ditonton Seluruh Dunia Secara Langsung di Internet

Kemuncak Imam Muda boleh ditonton secara langsung pada malam esok secara langsung ke seluruh dunia melalui www.astro.com.my/oasis dan hanya perlu mendaftar di www.astro.com.my/oasis
 Lagi kemudahan yang astro bagi kat peminat imam muda, boleh tgk di telefon bimbit 




Tuesday, July 27, 2010

CNN Buat Liputan Tentang Imam Muda

CNN pun teringin nak buat liputan pasal imam muda, rancangan yang memecah tradisi dan berbeza dengan rancangan realiti yang selalu disiarkan. CNN melaporkan imam muda bukan rancangan realiti berbentuk hiburan seperti American Idol atau hiburan  tetapi rancangan berbentuk keagamaan yang memberi ilmu kepada umum yang lain dari yang lain.
Dalam imam muda takde juri macam Simon Cowell untuk menilai dan memberi komen..hahaha ye memang takda mulut lazer cam Simon dlm ni sbg juri.
Dengan laporan positif dari CNN tu membuatkan imam muda semakin  lagi diminati di banyak negara negara luar.



So tengok le sedikit laporan dalam berita yang dipancarkan di CNN tentang imam muda yang saya uploadkan di u tube.

Sunday, July 25, 2010

Imam Muda Bagai Superstar Di Akhbar Switzerland

Imam Muda mencetuskan fanomena luar biasa, di Malaysia sememang sudah sedia maklum rancangan ni memang mendapat sambutan. Makcik makcik memang berkenan benar dengan calon calon imam muda, kalau boleh nak buat menantu.
Rupa-rupanya media dan akhbar di luar negara pun membuat liputan meluas tentang rancangan imam muda ni. Akhbar harian "Tageisanzeiger" di Switzerland dan Jerman. Mereka menggelarkan imam muda ni bagaikan superstar.


 Antara muka depan akhbar harian di Switzerland

Sebab apa? Sebab imam imam muda ni mendapat perhatian ramai peminat peminat, terutama wanita..huhuhu!! Mereka kagum dengan kebolehan kepandaian mengaji, berkhutbah, berdebat atau mungkin

Friday, July 23, 2010

Imam Muda Episod 9 - Imam Muda Hizbur dan Asyraf ke Final

Imam Muda yang tersingkir pada malam episod 9 ni ialah Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan, dan Mohd Taufek Mohd Noh (Johor). Bermakna sekarang Imam Muda yang bakal ke final ialah Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi (Kedah) dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Pulau Pinang)
Nampaknya kedua dua dari sebelah utara nunn...Pulau Pinang dgn Kedah. Sapa agaknya nak dinobatkan jd imam muda? Kedah pun takpa hehehe!!

Lihat Episod 9 Part1
Lihat Episod 9 Part2
Lihat Episod 9 Part3  
Part 3, boleh tengok kemampuan Imam Muda membaca khutbah, berhujah dan berdebat. Topiknya, anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
Lihat Episod 9 Part4
Lihat Episod 9 Part5



Friday, May 28, 2010

Rancangan Realiti Imam Muda - Memecah Tradisi Siaran TV Malaysia



Malam ni tengah tengok rancangan Imam Muda, mak saya ayah saya pun memang menanti sangat sangat rancangan ni. Dari promosi dulu, mak dah tanya bila nak tayang rancangan ni?
Jadi malam ni bermula la rancangan yang julung julung kali dibuat di Malaysia, pencarian Imam Muda. Tak pernah lagi kan ada rancangan macam ni cuma ada rancangan Akademi alquran salah satu rancangan realiti jgk.



Memang memecah tradisi siaran Tv Malaysia lah, rancangan keluaran Astro Oasis ni. Selalu cuma rancangan berbentuk hiburan je, macam AF, Mentor, Top Host dll.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics