Wednesday, September 29, 2010

Azmil Mustafa Kena Serang Sakit Jantung Di Syria

Azmil Mustafa hero dalam filem Ali Setan, sapa tak kenal. cuma sekarang Azmil dah berubah banyak dia tak jadi "setan" macam dalam filem tu. Azmil dah jadi pendakwah bebas. Dalam utusan petang tadi, keluar berita yang Azmil kena serang sakit jantung. Umur Azmil baru 58 tahun, muda lagi kan.

Azmil Mustafa

Baca petikan berita lagi ..




Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.
Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).
Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya.

sumber- Utusan

4 comments:

sarah-najwan said...

sgt best masa dia berlakon citer tu..popular sgt2 citer org2 yg blaja kt univ...

semoga dia cpt sembuh..

apyzs.azam said...

mari ramai2 bdoa utk kslmatannya..

wan syamilah said...

sya mmg minat kt azmil..

moga cepat sembuh

qdine said...

Azmil seorang yang kuat tawakkalnya Kepada Allah, dalam menuntut ilmu agama,semoga di sembuhkan untuk teruskan perjuangan sebagai daie'

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics