Monday, October 11, 2010

Kemalangan Simpang Ampat , 12 Maut , Mangsa Terkulai Di Tingkap

 Video dan Gambar Kemalangan Simpang Ampat

SENARAI NAMA MANGSA KEMALANGAN..
Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

 Bas menghempap kereta


Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

 Bumbung bas yang tercabut

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.


 Serpihan kemalangan

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Iidentiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Saksi kejadian:

Salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.


“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.


Saksi kejadian:

"Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.

Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala".


 Sumber : Berita Harian online dan Utusan

13 comments:

Hariz said...

Al-fatihah...

sarah-najwan said...

innalillah..semoga kita semua di bawah lindungan Allah..

semoga keluarga mangsa..tabah menghadapinya...

suffer8zine said...

al fatihah!

Dzasc Skachers said...

pergh.. sangat bahaya la nak naik bas lagi.. cuak gak.. :p

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

al-fatihah buat yang terkorban

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

al-fatihah buat yang terkorban

Cikpuan Qiqi said...

Allahurabbi..

xtau nak kate cmne da kes.nie.driver2 slalu tkejar2 cm de bnde yg nk dkjar..nape la mmandu laju sgt..hurm

Zasillah Ariffin said...

Al-Fatihah kepada mangsa...

semalam saya kat atas lebuh raya nie lah..tapi tak terserempak dengan kemalangan nie...alhadulillah masih dipanjangkan umur.amin.

Solihin Zubir said...

mak aiiii... rasa takot plak nk naek bas.. tp malang tetap tak berbau kan... naik apa pon, tetap akan berlaku atas kehendakNYA..

Alfatihah...

Minami Kotaro said...

adoi kalaulah pemandu honda city tu bertanya punca bas tu gagal dikawal ngan driver bas yang masih hidup ketika itu...

Chelie said...

klu dh berhati2 pn masih belum cukup selamat lg klu org lain pulak yng xberhati2..mcm nasib pmandu n penumpang van n 2 kereta yang dihempap tu...

akuzle ayu said...

katanyer bantuan lambat smpai, tuh yg ramai x dpt diselamatkan... tp, kalo dipk2 balik, kenapekah bantuan lambt smpai? pk2lah sndri krn yg salah bukan yg disalahkan....pk2...huhuuhuh

nuriz said...

jalan sesak agaknya orang pakat

berenti tengok, lagipun trafik jadi

tergendala bila kemalangan tu berlaku

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics