Membeli barang dan jual barang secara online sekarang memang popular. Baru baru ni kat Kosmo ada pasal duit orang yang lesap di internet dan rugi antara 200,000 hingga 300,000 kerana pembelian secara online. Selalu pembelian dibuat melibatkan transaksi urus niaga melalui kad kredit, atau perbankan online. Masih ramai yang tak percaya beli secara online, tapi ramai jugak yang lebih suka beli secara online, tapi rasanya jumlahnya masih sedikit.
Saya pun kureng jugak nak beli secara online. Lebih baik beli barang kat kedai, boleh tengok, belek belek, boleh pilih kemudian dah puas hati baru beli. Ada laman web yang boleh dipercayai, yang popular dan selamat membeli secara online, jadi pengguna kena bijak pilih dan bijak berurusan.
Tuesday, November 23, 2010
Kes Kena Tipu Di Mudah.com.my
Posted by
nuriz
at
9:33 PM
9orang menconteng
Labels: personal
Monday, November 15, 2010
Lirik Lagu Nyanyian Sepi - Opick
Lagu Nyanyian Sunyi oleh Opick ni antara lagu lagu nasyid yang menarik dari penyanyi seberang tu. Lagu Nyayian Sepi ni ada dalam lagu latar Majalah Tiga Merapi Berapi pada Sabtu lalu. Lagu yang menceritakan tentang dugaan dan ujian tu datang dari Allah, bila tiba masa kita akan ke alam yang kekal. Semua harta benda tu sementara selagi kita masih ada hayat. Apakah amalan yang kita bawa nanti mencukupi?
Tak kira masalah, musibah, atau bencana tu semua datang dari Allah. Setiap manusia perlu bersabar menghadapai ujian tu. Segala yang ada milik kita, seperti harta benda, anak anak dan kemewahan tu semua milik Allah, jika semua tu dittarik balik, kita kena redha..ada hikmah di sebaliknya.
Teringat jugak saya pada bencana banjir yang buruk melanda negeri Kedah dan Perlis baru baru ni, lebih kurang 60,000 penduduk terlibat. Apabila tengok bencana di Jawa Tengah, liputan tentang letupan gunung Merapi di Majalah Tiga tempoh hari, mereka jauh lebih sengsara dan banyak nyawa dan harta yang terkorban lebih dari banjir tu. Ni membuatkan saya rasa bersyukur kerana masih ada tempat tinggal dan harta benda, harta yang musnah hanya kecil saja.
Kalau kita rasa kita jauh sengsara, ada lagi yang lebih sengsara. Allah takkan akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu hadapi.
Lirik Lagu Nyanyian Sepi - Opick
Posted by
nuriz
at
12:35 PM
2orang menconteng
Labels: personal
Sunday, October 24, 2010
Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Mulai 2013
Subjek Sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM pada tahun 2013. Guru - guru dan pelajar pelajar diberi masa untuk bersiap sedia dengan berita ni hehehe!! kenapa ye, seolah-olah subjek Sejarah tu susah le sangat sangat. Susah ke? Ada ke yang tak suka subjek Sejarah? Kalau cikgu sejarah masuk, ada ke yang mengantuk tetiba? heheh!!
Dulu masa sekolah, orng kata pelajar yang otak lebih kepada sains dan maths ni lemah dalam sejarah, sebab sejarah kena banyak membaca, banyak kena ingat tarikh, tahun dan segala macam fakta. Pelajar aliran sastera pulak selalu score subjek sejarah. Betul ke? Andaian je kot.
Posted by
nuriz
at
12:18 AM
4orang menconteng
Labels: personal
Tuesday, October 12, 2010
Drama Chinta dan Orang Muda Kawin Dengan Orang Tua
Saya tengok drama Chinta jugak, kalau tak sempat tengok je online kat tonton tu. Anak sedara saya pun tengok jugak cerita tu pada awal episod sebab ada watak kanak-kanak, masa Chinta kanak2 lagi tu.
Jadi saya nak cerita pasal anak sedara saya yang baru darjah 1 ni, umur dia tujuh tahun. Sebab anak sedara saya ni tak berapa paham jalan cerita jadi saya yang teman dia tengok cerita le dgn ayat mudah sebab dia budak budak lagi, ada part part yang dia tak paham.
Dalam episod 1, masa Tuan Haji ( lakonan Abu Bakar Juah ) nak pinang Chinta...ada satu soalan anak sedara saya tanya saya....
Posted by
nuriz
at
1:12 PM
10orang menconteng
Labels: personal
Friday, October 8, 2010
Mana Shoutbox ??
Kepada blogger2 seMalaysia...
mana shoutbox saya? ada..saya tak buang..sila scroll down, kat side bar tu
ada ayat Jeritan Batinku Batinmu
sila KLIK dan dibawa ke alam page lain.
Monday, October 4, 2010
Ambil Gambar Dengan Kamera Digital Bukan DSLR
Saja nak ambil gambar guna kamera digital biasa bukan SLR, nak cuba cuba guna cara cara mudah dalam kamera digital Samsung L100 saya ni yg hanya 8 mega pxls. Tu je le mampu beli nak beli DSLR nun tak mampu lagi..huhu!!
Saya try dengan mode close up macro, untuk ambil gambar dekat. Tip tip yang saya baca kalau kita nak ambil gambar nampak macam pro..kena pandai adjust sudut sudut tertentu, hehe!! ada mcm pro ke gambar yg saya ambil ni? Kalau guna kamera henset pun kalau kena gaya boleh nampak cantik kan.
Posted by
nuriz
at
9:41 PM
15orang menconteng
Labels: personal
Saturday, September 25, 2010
Cukai Kad Kredit RM50 Hapus atau Tak?
Dalam bajet 2010 lalu, Perdana Menteri umum cukai kad kredit RM50 dikenakan kepada pengguna kad kredit dan RM25 atas kad kredit tambahan. Ramai yang tak setuju, mestilah orang tak setuju tambah tambah pengguna kad kredit.
Kenapa orang tak setuju? sebab tak semua pemegang kad kredit tu orang kaya, orang elit, ramai pengguna kad kredit terdiri daripada golongan pendapatan sederhana.
Posted by
nuriz
at
12:00 AM
5orang menconteng
Labels: personal
Friday, September 24, 2010
Ada Bonus 2 Bulan Gaji Dalam Bajet 2011?
Bajet 2011 semakin dekat ni, 15hb Oktober Perdana Menteri akan bentangkan Bajet 2011. Selalunya kakitangan awam dan orang ramai tertumpu kepada pengumumam kenaikan gaji kakitangan awam, imbuhan tambahan atau bonus 2 bulan gaji. Ada ke tak bonus 2 bulan gaji ni? :)
Apa lagi tumpuan rakyat Malaysia, mungkin pengurangan faedah kad kredit, kurangkan faedah pinjaman perumahan atau pelepasan cukai?
Kos sara hidup semakin tinggi, kenaikan harga barang dan bagaimana penduduk yang berpendapatan rendah nak menguruskan kewangan mereka. Mestilah kakitangan awan menanti nanti berita baik dari bajet 2011.
Posted by
nuriz
at
9:02 PM
4orang menconteng
Labels: personal
Saturday, September 18, 2010
Blogger Paling Mesra TTT Pemilik Porttuantanah.com Meninggal
Blogger paling ramah mesra walaupun hanya kenal di dunia maya saja, TTT atau Nadia, sering menganjurkan contest dengan hadiah hadiah menarik. Paling last saya tahu contest menang Blackberry. Kemudian TTT hilang senyap untuk jangka masa yang lama, kemudian dengar kabar dia ke Jepun, tak pasti atas urusan apa.
Posted by
nuriz
at
2:45 PM
9orang menconteng
Labels: personal
Sunday, August 29, 2010
Laman web TV3 dan Geng Blogger Kena Block
Beberapa hari dah tak dapat masuk ke laman web Geng Blogger(GB) ni. Kena attack dengan apa tak tau. Bila agaknya GB nak sembuh dari demam virus nih huhuhu..!! Harap harap cepat le sembuh ye GB.
Malam ni saya nak masuk ke laman web TV3 nak tengok le drama Janji Kekasih..sebab semalam tak sempat
Posted by
nuriz
at
1:30 AM
10orang menconteng
Labels: personal
Saturday, July 31, 2010
Tak Sangka Lagu Putera Duyung Diminati Ramai
Tak sangka ek..lagu Putera Duyung dalam drama Duyung Aridinata yang saya upload tu ramai orang minat dan mencari cari ek. Sebelum saya upload saya belum jumpa kat mana mana lagi yang ada lagu Putera Duyung dalam bentuk mp3. Jadi saya telah buat sesuatu untuk menjadikan Putera Duyung dalam bentuk mp3...hohoho!!
rehesia bagaimana saya jadikan dia mp3..hahaha!! Penat gak saya nak jadikan lagu tu dlm bentuk audio mp3.
Semalaman saya buat. Dan saya puas bila saya dapat share dgn korang semua.
So lagu tu ramai lak yang share di facebook . Post saya pasal lagu ni pun paling kerap org baca di Blogged.my
Sedap kan lagu Putera Duyung ni, rancak dan rentak dia yang ceria je. Suara Zack X factor pun masih sedap jugak mcm dulu.
DOWNLOAD Putera Duyung
Posted by
nuriz
at
2:05 AM
2orang menconteng
Labels: personal
Wednesday, July 28, 2010
Blog Aku Cuma Blog Picisan
Blog aku cuma blog picisan
Posted by
nuriz
at
8:50 PM
3orang menconteng
Labels: personal
Wednesday, July 21, 2010
Maaf.. Aku Berjiwang Sebentar..Ahaks!
Posted by
nuriz
at
12:14 AM
4orang menconteng
Labels: personal
Thursday, July 15, 2010
Kemaafan Dendam Yang Terindah
"Ahhh..!!mudahnya kau mengucapkan kata maaf." dialog drama sikit..
atau
" Sory..sorry..sorry.." berulang kali kata sorry tapi kesilapan yg sama tetap berulang. Sehingga ucapan sorry atau maaf menjadi murah dan mudah saja utk diucapkan.
Terlajak perahu boleh undur, zaman sekarang terlajak kereta boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.
Posted by
nuriz
at
9:15 AM
5orang menconteng
Labels: personal
Wednesday, July 14, 2010
Jom main dengan 3 sekawan ni.. Bobo, Bubu dan Bobot
Jom main dengan 3 sekawan ni...Bobo, Bubu dan Bobot...
3 sekawan ni dah 25 hari umur dia, tapi dah pandai nak main main..tak lama lagi makin cergas le tu..semuanye hero hero belaka..
Posted by
nuriz
at
8:50 PM
12orang menconteng
Labels: personal
Tuesday, July 6, 2010
Kelahiran Teristimewa
Satu Dua Tiga
Posted by
nuriz
at
10:46 AM
4orang menconteng
Labels: personal
Monday, June 28, 2010
Cucu Tok dan Tok Wan Bertambah Lagi
Sunday, June 20, 2010
Terima Kasih Ayah
Posted by
nuriz
at
5:11 PM
14orang menconteng
Labels: personal








