Hari ni saya dah siapkan sebiji kek Karot Cheese, masa hari raya lepas, makan kek karot dgn cheese ni kat rumah sedara saya, jadi disebabkan sedap sangat, so mintak le resipi kat dia. Tak boleh lupa le kesedapan kek ni..heheh
Dapat jugak saya siapkan kek Karot Cheese ni yang ala ala Secret Recipe..kononnya. Nak tau kesedapannya kena le try. Mudah je..tengok resipi kat bawah..
Saturday, October 30, 2010
Resipi Kek Karot Cheese Sedap
Posted by
nuriz
at
5:05 PM
2orang menconteng
Labels: Resipi
Thursday, July 15, 2010
Resipi Rahsia Char Kwe Teow Penang Hampir Terbongkar dan Video Cara Menggoreng
Char Kwe Teow Penang memang terkenal sebab rasa dan kesedapan yang lain dari yang lain. Satu rahsianya ialah kicap char kwe teow tu yang dikatakan resipi asli dan kicap tu perlu dibeli kalau nak buka gerai char kwe teow atau nak masak di rumah.
Kicap tu diproses siap dan dijual sebotol kalau tak silap saya, RM 20 sebotol. Dengan hanya guna kicap tu tanpa letak garam gula, kicap sos atau lain lainnya macam selalu kita goreng kwe teow atau mee goreng tu.
Jadi saya pun tanya le pendapat mak saya, apa sebenarnya ada dalam kicap tu..kot kot le mak saya tau. Selalu orang tua ni pandai merasa dan kadang kadang dia dah boleh agak apa yang ada dalam bahan bahan masakan dengan rasa saja..maklumlah orang tua lebih dulu makan garam kann..
Ok apa jawapan mak saya?
Mak saya agak agak kicap tu sudah dicampur bahan bahan seperti stok udang, kicap cair kicap manis, sos tiram, sos cili, perasa, garam dan bahan bahan lain yang asas untuk sos menggoreng tu. Tekaan mak saya mungkin benar 90 atau 80 %. Otak udang atau stok udang memang sedap kalau campur dalam tu.
Resipi rahsia char kwe teow ni hampir2 terbongkar ahahaha!!..tapi teknik menggoreng boleh le tengok kat bawah tu..
Resipi ni pun saya terjumpa di internet tentang Char Kwe Teow Penang.
Cuba lihat sos kicap yang telah disediakan sebelum memasak.
Masak Kwe Teow tak banyak bahan cuma perlu ada bawang putih kucai, tougeh, kerang , udang dan telur.
Meh tengok resipi sos kicap tu:
Posted by
nuriz
at
11:25 PM
orang menconteng
Labels: Resipi
Wednesday, June 9, 2010
Tiramisu Oh Tiramisu
Dulu saya buat resipi tiramisu guna bahulu,nama kek tiramisu bahulu. Kali ni buat kek sendiri, then jadikanlah kek tiramisu.
Meh layan tiramisu satu tupperware..ahahaha!!
Posted by
nuriz
at
8:00 AM
2orang menconteng
Labels: Resipi
Tuesday, May 4, 2010
Teh Tarik Satuuuu!
Meh pekena teh tarik dulu...sambil membuat blogwalking..di pagi, petang atau malam..boleh je pekena teh tarik.
Ingat kat kedai mamak je ke dapat teh tarik..kot kalau kempunan nak teh tarik tgh malam.. buat je sendiri.
Teh tarik versi nuriz ni specel sikit, dulu cikgu subjek pengajian am masa form 6 dulu ada ajar cemana nak buat teh tarik dan rahsia cara mamak kat kedai teh tarik buat jadi sedap sangat.
Aik!! masa kat form 6 belaja buat teh tarik gak ka? belaja pengajian am ka, belaja masak masak hehe..jangan tak tahu, cikgu pengajian am saya dulu nama cikgu Ishak, wah!!cikgu laki lak tu yang bagi resipi dan petua. Cikgu Ishak kata, pengajian am tu ialah kita belajar apa yang ada di bumi, di langit dan di antaranya. Tu dia..!! patutla resipi teh tarik pun masuk dalam bab pengajian am heheh..!!
Sapa nak try resipi teh tarik versi Nuriz?...meh try...
Posted by
nuriz
at
4:50 PM
13orang menconteng
Labels: Resipi
Saturday, March 6, 2010
Resipi- Iced Blended White Coffee
Posted by
nuriz
at
3:41 PM
11orang menconteng
Labels: Resipi
Saturday, February 27, 2010
Walaweyy..!! Lupakanlah Cheese Cake Secret Recipe tu
Ayat di atas aku tuju khas untuk diri aku..hehehe. Kenapa? Mengapa? Why? why?
Tengok gambo alahai..gebunye.. mengalahkan Zizie Ezette Bung Mukhtar..hohoho!!
Posted by
nuriz
at
7:52 AM
10orang menconteng
Labels: Resipi
Wednesday, December 30, 2009
Yang Hot Hot lagi Panas! -Resipi Tomyam (tanpa pes)
Dia kata mesti ok punye..dia amik resipi kat kawan dia yang jugak anak tokey kedai tomyam..oo camtu ye..kalau camtu kami pun tengok je dia buat dan nak amik ilmu belajar le cara2 buat tomyam tanpa pes tomyam..hehehe.
Posted by
nuriz
at
4:05 PM
orang menconteng
Labels: Resipi
Thursday, December 17, 2009
Resipi:Kek Tiramisu Baulu

Sedang aku meronda-ronda mencari resipi baru di internet..maka aku pun terjumpa lah resipi tiramisu.Makan di secret resipi tu memang sedap tapi tu la...mahal sgt, sepotong dah rm6.50. Makan sekali sekala ok le..makan hari hari mau kopak..
Memandangkan aku teringin sgt nak makan tiramisu tu..maka aku cubalah resipi tiramisu bauhulu ni. Pergilah aku mencari bahan bahannya. Bahan-bahan asal yg original punya resipi utk tiramisu ni memang mahal le jgk.Macam keju mascarpone tu kalau 250gm harganya RM22++.Uiiii mak oi!!baik beli kek tiramisu sebijik.hehehe
Gambar tiramisu percubaan pertama aku ni..memang tak serupa dgn tiramisu yg sedap tu tapi rasanya memang digerenti sedapppp!!hehehe. Tak pecayya?!..kenela cuba baru tau.
Adik dan anak-anak sedara tanya.. ni kek beli ke?hehehe
rasa mcm secret resipi je.Jadi bertepatan le dengan makna TIRAMISU ni iaitu 'gembirakan hati mu'.
Resipi yang aku jumpa ni, bahan-bahannya tak le mahal sgt.Cam baulu ni mana-mana leh dapat.Bahulu ni sebenarnya digantikan dengan kek span atau kek tiramisu yang original atau diberi nama sponge finger tapi jika susah nak dapat cari je bahulu.
Kek tiramisu ni bagi yang dlm tempoh berdiet..hahahah!! jgn le dimakan selalu.Jaga kesihatan ye..nanti kena pi cari jusmate Dr rozmey lak.
Resipi Tiramisu Bahulu
Bahan bahan :
•Bahulu(bergantung kepada saiz acuan(dalam 20 biji)
•250g cream cheese
•250g whipping cream
•150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
•satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
•serbok koko/cokolat utk hiasan
Cara-caranya:
1.Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang.
2.Celupkan bahulu dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas atau acuan.Bahulu dicelup sebentar saja utk mengelakkan daripada terlalu lembik.
(air nescafe ni hanya utk melembabkan saja dan memberi rasa pahit sikit)
3.Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas bahulu dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.(nak buat 2 lapisan pun ok.bergantung pada saiz bekas.
4.Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.
**cream cheese yang bagus ialah brand philadelphia.
**Bahulu boleh digantikan dengan kek span berperisa vanila.Boleh jugak perisa lain jika suka.
SELAMAT MENCUBA.
more info about tiramisu sila klik sini www.annamariavolpi.com
Posted by
nuriz
at
12:06 PM
2orang menconteng
Labels: Resipi
Saturday, March 14, 2009
Resipi: Puding Roti

Hari Jumaat, bukan cerita org buat marketing lg,hari ni hari buat sometin seperti benda makan makan...hehehe
So aku dgn adik aku buat puding roti ni utk mkn petang..
Resipinya Puding Roti seperti di bwh:
Bahan2:
1 Pack roti
2 bj telur
1 ct esen vanila
2 cb mentega
1/2 tin susu ideal
7 cb gula
2 cb tepung kastard
buah- buah campuran ( sesuka hati sendiri nak letak buah apa)
cth buah kismis, prune, laici
Cara-cara:
1. Pukul mentega dgn gula, masukkan telur dan esen vanila, tepung kastard, susu. Bancuh sampai sebati.
2. Roti dicarik- carik dan dan dicampur ke dalam bancuhan tadi.
3. Campur buah buahan dan bakar.
Posted by
nuriz
at
12:41 AM
2orang menconteng
Labels: Resipi
Tuesday, February 17, 2009
Resipi : Kek Coklat kegemaran ku

Resipi ni paling mudah dan bahan2nya tak le remeh sgt. Yg paling jimat ialah penngunaan telur ayam yg sedikit. Ada sesetengah kek kena guna telur byk sampai 6, 7 biji telur. Aku dah try byk kali kek ni dan terbukti jadi(aku tak kata aku pandai buat)hehehe..tapi lembut rasanya, byk kali buat org makan habis licin maka kek tu memang menjadi dan sebenarnya resipi ni pun kakak ipar aku yg bagi, dia amik resipi ni dr jiran dia masa dia stay di Sabah dulu. Ooo jadi dari Sabah bah.. kek ni asalnya.
Bahan2 pun disukat mengikut cawan tak payah pakai timbang tu nak tengok gram, kilo , oz la bagai kan… kita pakai sukat cawan je la sng sket..
Bahan bahannya:
2 cawan tepung gandum
3biji telur
1 cawan serbuk koko + 2ct nescafe
1 ct garam
1 ct baking powder
1ct soda bikarbonat
¾ cawan mentega
1 2/3 cawan gula halus
1 cawan air suam atau susu cokelat
Utk hiasan
300gm coklat masakan
½ tin susu cair creamer.
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
3. Masukkan air susu coklat berselang seli dengan tepung dan serbuk koko+nescafe/ serbuk kopi.
(Tepung td diayak dgn soda bikarbonat dan baking powder dan dicampur garam)
Hiasan : masak double boiler coklat masakan tadi dgn susu creamer hingga pekat dan sapu atas kek atau kepingan kek yg dibahagi 2 lapisan ( sesuka hati anda yg ini nak hias mcm mana)
Tips : Jangan buka secara mengejut penutup oven/ bekas bakar kek anda bila kek sudah masak, nanti kek yg naik elok elok tu akan ranap. Seeloknya dibiar sekejap baru buka penutup tu.
Coming soon mungkin resipi Kek Oren plak (kalau aku rajin buat kek lagi hehehe)
Posted by
nuriz
at
4:37 PM
orang menconteng
Labels: Resipi
Saturday, January 31, 2009
RESIPI ROTI MARIAM


Roti Mariam
Menu ni dinamakan Roti Mariam ( bukan Mariam Belina)asal usulnya tak tau le mungkin dr nama pencipta yg pertama resepi roti ni kot….tapi dilihat bentuknya seakan-akan mcm roti dr Arab. Rasanya? Bila aku rasa memang sedap le, semua ahli keluarga aku suka dan mkn sampai licin…bila pekena dgn kuah kari daging ke ayam ke ikan ke memang pasangan secocok le..budak budak pulak suka cicah dgn susu pekat manis tu. Ni la resepi Roti Mariam , kalau nak rasa kena cuba buat.
ROTI MARIAM
4 cawan tepung gandum
2sb minyak sapi
1 bj telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara- cara:
1. Tepung dicampur garam.
2. Uli tepung gandum dgn minyak sapi, telur dan air ditambah sikit demi sedikit sehingga jadi doh. Teksturnya seperti doh karipap.Jgn keras sgt jgn lembut sgt (agak agak sendiri le tu)
3. Buat bulat bulat(mcm buat karipap jgk) dan tekan atau canai sederhana nipis.
4. Goreng dlm minyak yg byk .Bila menjadi roti tu nanti akan kembung atau buncit tp yg tu paling lawa hehehe..biar warnanya jd kuning keemasan.
Boleh dimakan dgn sardin, kuah kari atau dicicah dgn susu(pendek kata ikut selera perut sendiri le).
Posted by
nuriz
at
12:23 AM
orang menconteng
Labels: Resipi


