Thursday, December 17, 2009

Resipi:Kek Tiramisu Baulu



Sedang aku meronda-ronda mencari resipi baru di internet..maka aku pun terjumpa lah resipi tiramisu.Makan di secret resipi tu memang sedap tapi tu la...mahal sgt, sepotong dah rm6.50. Makan sekali sekala ok le..makan hari hari mau kopak..

Memandangkan aku teringin sgt nak makan tiramisu tu..maka aku cubalah resipi tiramisu bauhulu ni. Pergilah aku mencari bahan bahannya. Bahan-bahan asal yg original punya resipi utk tiramisu ni memang mahal le jgk.Macam keju mascarpone tu kalau 250gm harganya RM22++.Uiiii mak oi!!baik beli kek tiramisu sebijik.hehehe

Gambar tiramisu percubaan pertama aku ni..memang tak serupa dgn tiramisu yg sedap tu tapi rasanya memang digerenti sedapppp!!hehehe. Tak pecayya?!..kenela cuba baru tau.
Adik dan anak-anak sedara tanya.. ni kek beli ke?hehehe
rasa mcm secret resipi je.Jadi bertepatan le dengan makna TIRAMISU ni iaitu 'gembirakan hati mu'.

Resipi yang aku jumpa ni, bahan-bahannya tak le mahal sgt.Cam baulu ni mana-mana leh dapat.Bahulu ni sebenarnya digantikan dengan kek span atau kek tiramisu yang original atau diberi nama sponge finger tapi jika susah nak dapat cari je bahulu.
Kek tiramisu ni bagi yang dlm tempoh berdiet..hahahah!! jgn le dimakan selalu.Jaga kesihatan ye..nanti kena pi cari jusmate Dr rozmey lak.

Resipi Tiramisu Bahulu

Bahan bahan :

•Bahulu(bergantung kepada saiz acuan(dalam 20 biji)
•250g cream cheese
•250g whipping cream
•150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
•satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
•serbok koko/cokolat utk hiasan

Cara-caranya:

1.Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang.

2.Celupkan bahulu dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas atau acuan.Bahulu dicelup sebentar saja utk mengelakkan daripada terlalu lembik.
(air nescafe ni hanya utk melembabkan saja dan memberi rasa pahit sikit)

3.Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas bahulu dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.(nak buat 2 lapisan pun ok.bergantung pada saiz bekas.

4.Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


**cream cheese yang bagus ialah brand philadelphia.
**Bahulu boleh digantikan dengan kek span berperisa vanila.Boleh jugak perisa lain jika suka.

SELAMAT MENCUBA.

more info about tiramisu sila klik sini www.annamariavolpi.com

2 comments:

Unknown said...

saye suke mkn kek dn seangkatan.
tiramisu jugak best.tp nak buat sndiri xpandai.haha.so,tolong leh watkan baulu tiramisu neh??mcm sedap jew.terliuq neh! =p

nuriz said...

resipi dah bagi tu cuba je le.kuang3x!!

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics