Showing posts with label tragedi gunung merapi. Show all posts
Showing posts with label tragedi gunung merapi. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Wartawan Majalah 3 Merasa Gegaran dan Pengalaman Gunung Merapi Meletus

 Entri : Gambar Terkini Gunung Merapi
Entri Lagu Latar Majalah Tiga episod Merapi Berapi

Hari ni Gunung Merapi masih lagi meletus dan pengalaman dan  ketakutan dirasakan oleh kru kru pengambaran Majalah Tiga yang berada tak jauh dari situ. Tak lama lagi penonton akan saksikan liputan eksklusif dari Majalah Tiga tentang kejadian letusan gunung Merapi dan kesengsaraan yang dihadapi di sana.
Yogyakarta kini dihujani abu dan debu yang masih lagi ada. Tentu mengambil jangka masa lama untuk pulih. Dasyatnya bencana ni..



Berita penuh:

Thursday, October 28, 2010

Gambar gambar Terkini Bencana Letusan Gunung Merapi dan Tsunami 2010, Video

                          Penjaga Gunung Merapi, Marijan ditemui mati dalam sujud
                         Video You Tube Tsunami Mentawai dan Gunung Merapi


Dua bencana berkembar - tsunami dan letusan gunung berapi di Indonesia kini menyaksikan angka korban mencecah 300 orang manakala lebih 400 lagi hilang dengan lebih 10,000 penduduk kini sudah dipindahkan.

Letusan Gunung Merapi di Yongyakarta yang meledak debu dan asap hitam setakat ini sudah mengorbankan 28 orang manakala 14 lagi cedera.

Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter meletus selepas para saintis memberi amaran tekanan di bahagian bawah kubah lahar gunung tersebut akan menghasilkan letusan paling kuat dalam tempoh beberapa tahun.  Gunung tu meletus Selasa lalu, sehari selepas tsunami melanda kepulauan terpencil di barat Sumatera.

Manakala Angka kematian dari  tsunami susulan gempa kuat 7.7 magnitud itu kini mencecah 282 orang, kata pegawai Agensi Bencana Wilayah, Ade Edward.

Wednesday, October 27, 2010

Gambar Gunung Merapi Terkini


Asap meliputi sekitar gunung Merapi pada hari Isnin lalu. Hari ini 25 mangsa telah terkorban dan mungkin jumlah tu akan meningkat lagi. Gunung Merapi adalah antara gunung berapi paling merbahaya dan mudah meletup. Beribu-ribu penduduk Jawa tinggal di lereng-lereng yang subur dan mereka sudah mula berpindah dan melarikan diri dari kawasan tu sejak semalam. Gunung Merapi mula meletup pada 26hb Okt.

Ni  gambar secara dekat puncak Gunung Merapi berusia 400,000 tahun, asap tebal meliputi gunung, pada 26 Oktober.
 Gunung Merapi

Gambar Maridjan Penjaga Kunci Gunung Merapi Mati Dalam Bersujud


Mbah Maridjan, 85 tahun ialah penjaga kunci Gunung Merapi ditemui mati dalam keadaan bersujud, dan mengadap kiblat. Lihat gambar di bawah. Dia ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung Merapi yg meletus pada 26hb Okt.
Maridjan pernah mencetus kontroversi pada tahun 2006 apabila enggan berpindah dari rumahnya di kaki gunung Merapi walaupun didesak oleh pihak berkuasa.

Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
 Mbah Maridjan ditemui mati dalam bersujud mengadap kiblat

Gambar Maridjan penjaga kaki gunung Merapi semasa hidup

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics