Entri Berkaitan ; Gambar Terkini Letusan Gunung Merapi
Dua bencana berkembar - tsunami dan letusan gunung berapi di Indonesia kini menyaksikan angka korban mencecah 300 orang manakala lebih 400 lagi hilang dengan lebih 10,000 penduduk kini sudah dipindahkan.
Letusan Gunung Merapi di Yongyakarta yang meledak debu dan asap hitam setakat ini sudah mengorbankan 28 orang manakala 14 lagi cedera.
Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter meletus selepas para saintis memberi amaran tekanan di bahagian bawah kubah lahar gunung tersebut akan menghasilkan letusan paling kuat dalam tempoh beberapa tahun. Gunung tu meletus Selasa lalu, sehari selepas tsunami melanda kepulauan terpencil di barat Sumatera.
Manakala Angka kematian dari tsunami susulan gempa kuat 7.7 magnitud itu kini mencecah 282 orang, kata pegawai Agensi Bencana Wilayah, Ade Edward.
sumber - Reuters
Gunung Merapi telah meletup banyak kali, pada tahun1994, 60 orang telah terbunuh, sementara dalam tahun 1930 banyak kampung-kampung telah musnah terbakar, mangsa yang mati lebih kurang 1,300 orang.
Awan panas dan debu-debu volkanik dimuntahkan gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi,
Perkampungan di sekitar lereng gunung berapi yang subur dengan tanaman pertanian yang subur telah berubah wajah menjadi kelabu apabila diselimuti debu-debu volkanik.
Lihat gambar-gambar sekitar kejadian bencana letusan Gunung Merapi dan Tsunami yang menghentam Sumatera Barat sehari sebelum Gunung Merapi meletus. Gambar gambar ni saya dapat di Reuters.
Gambar terkini 29hb Okt (update) Merapi masih memuntahkan lahar dan asap
gambar Merapi 29hb Okt
Mayat mangsa Merapi dikebumi
Merapi 29hb Okt
Ramai mangsa telah ditemui dalam dan sekitar rumah Maridjan (penjaga kunci Merapi) di kampung Kinahredjo, kelihatan beberapa rumah dan lembu telah mati terbakar.
Gambar atas, kelihatan gelas dan mangkuk berisi mee, diselaputi abu letusan Merapi
Kebanyakan mangsa dipercayai meninggal dunia disebabkan melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik.
ruang tamu di sebuah rumah di Kinahjero diselaputi abu
Gunung Merapi dari jauh
Kebanyakan penduduk tempatan juga dipercayai masih menjalankan aktiviti harian mereka seperti mengusahakan ladang dan memberi makan haiwan ternakan sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, lokasi terletaknya pertemuan lapisan-lapisan benua yang menyebabkan kekerapan berlaku aktiviti seismik dan gunung berapi. Negara itu dikatakan mempunyai lebih 120 buah gunung berapi yang aktif.
Rumah rumah yang telah musnah
Gambar Bencana Tsunami di Pulau Pagai Sumatera Barat 2010
7 comments:
semakin banyak bencana alam berlaku....semakin dekat pada hari kiamat.
semua kuasa Allah Ta'ala.
macam2 bencana jadi kat indon ni...moga negara kita selamat la...
wow..banyaknya abu. entah nak berapa lama baru boleh clear tempat tu.
dasyat...
kesiannya..moga mereka dirahmati oleh-Nya..amin
alfatihah buat mangsa t'korban..
mmg dasyat tgk gmbr td huhu
Post a Comment