Asap meliputi sekitar gunung Merapi pada hari Isnin lalu. Hari ini 25 mangsa telah terkorban dan mungkin jumlah tu akan meningkat lagi. Gunung Merapi adalah antara gunung berapi paling merbahaya dan mudah meletup. Beribu-ribu penduduk Jawa tinggal di lereng-lereng yang subur dan mereka sudah mula berpindah dan melarikan diri dari kawasan tu sejak semalam. Gunung Merapi mula meletup pada 26hb Okt.
Ni gambar secara dekat puncak Gunung Merapi berusia 400,000 tahun, asap tebal meliputi gunung, pada 26 Oktober.
Gunung Merapi
Sebelum letusan berlaku, gunung itu terlebih dahulu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam.
“Kita dapat mendengar bunyi deraman yang sangat kuat bagaikan badai selama beberapa ketika. Kemungkinan bunyi berkenaan berlaku selama 15 minit.
“Selepas itu kelihatan kepulan debu panas besar mula dikeluarkan ke udara dari Gunung Merapi,” kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.
Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa mereka ada terbau belerang yang sangat kuat sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.
“Tenaganya meningkat... kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.
“Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu,” kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono.
Dalam pada itu, pegawai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Vulkanik Yogjakarta (BPPTK), Agung Nandaka berkata, sukar bagi penduduk yang berada lima kilometer dari puncak gunung berkenaan untuk berpindah sebelum berlaku muntahan awan panas.
“Ini kerana ia panas dan mempunyai kelajuan yang luar biasa,” katanya.
Sementara itu, seorang bayi berusia dua bulan telah terkorban dalam letusan berkenaan, manakala 20 lagi cedera apabila gunung itu mula meletus.
Bayi tersebut yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.
Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.
Seorang wartawan agensi berita berkata, kebanyakan yang cedera akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi melecur teruk.
Selain itu, pasukan penyelamat telah menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah Mbah Maridjan di Cangkringan daerah Sleman. Mbah Maridjan merupakan Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980-an.
sumber : Kosmo
Gambar seterusnya ialah sekumpulan penduduk Jawa membawa 'Gunung Merapi' buatan yg diusung dan diletakkan dengan wang palsu dan dikelilingi makanan seperti jagung dan kubis, dipercayai mereka nak memberi makan kepada roh gunung Merapi supaya letupan Gunung Merapi yg aktif tu reda, makanan tu akan dihanyutkan ke sungai. Tu le antara kepercayaan mistik bagi penduduk Jawa.
gunung Merapi buatan diusung dan kelilingi dengan duit palsu dan makanan
Mangsa letupan gunung Merapi dirawat di Hospital Sleman
5 comments:
roh gunung berapi,,aduh,,,nasib malysia x dak gunung berapi tapi x mustahil ader kan..lingkaran api pasifik x terjah ja kt malaysia nie..
EliteBook 6930p
nasib baik msia tak ada gunung berapi mcm nie..serius takut bila nak meletop..walaupun cantik tanah persekitaran kerana tanah yg sbur
uis bahaya tue..bila2 masa boleh meletus..alhamdulillah malaysia takde..
dah meletus le tu huhu
terkejut juga, kan... lama tak dengar mengenai gunung meletus... Allahuakbar...
Post a Comment