Wednesday, October 27, 2010

Lagu OST Cahaya, Sinopsis Cahaya- Sinetron di Astro Prima

Sinetron Cahaya di astro Prima, peminat peminat Sinetron Cahaya, boleh tgk drama ni setiap Isnin - Jumaat jam 3.00 ptg. Pelakon dalam drama Cahaya ni ialah Nasyila Mirdad sbg Cahaya, Dude Harlino, Ririn Dwi Ariyanti, Glenn Alinskie sbg Raka, Dwi Yan sbg Teddy, Meriam Bellina sbg Elga.

Sinetron Cahaya di Astro Prima


Sinopsis Cahaya, 
 Cahaya datang dari keluarga yang mengalami masalah kewangan, dia menjadi korban dari kemiskinan, apabila ayahnya menjual Cahaya utk mendapatkan wang. Cahaya pada mulanya sangka dia akan menjadi pembantu rumah tapi rupanya dijual di tempat pelacuran, lalu dia pun cuba melarikan diri.
Semasa melarikan diri, dia bertemu Teddy seorang ahli perniaggan. Cahaya menjadi pembantu rumah dan menjadi teman rapat anak Teddy bernama Talita, hingga dia terpaksa ikut Talita ke kampus. Di kampus dia bertemu pulak dgn Raka, dan jatuh cinta. Menjadi halangan ialah Raka musuh kepada Talita, dan Cahaya dilarang rapat dengan Raka.
Tanpa Cahaya ketahui, Talita jugak menaruh hati kpd Raka, sebenarnya, oleh tu Cahaya mula menjauhkan diri daripada Raka.
Nak tau kesudahan cerita Cahaya kena le tengok..huhu panjang dah cerita sinopsis ni mcm tgk episod lak hehe..

Selamat menonton.

Glenn Alinskie


Lagu OST Cahaya
Lirik lagu Sebelum Cahaya  - Letto

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta
Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta
Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta
Chorus
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

1 comments:

ardinihumaira said...

jum kita nyanyi sama ;D

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics