Entri lama dipostkan kembali..Entri Baru di bawah
Dalam Surah AN Nur ayat 40: Atau seperti gelap gelita di lautan yg dalamnya dilihat oleh ombak, yg diatasnya ombak pula, di atasnya lagi awan, gelap gelita yg bertindih tindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tidaklah dia melihat dan barangsiapa yg tiada diberi cahaya(petunjuk)oleh Allah tiadalha dia mempunyai cahaya sedikit pun.
Semalam dalam rancangan HAlaqah di tv9 ada ahli panel Dr Daniel membicarakan ayat di atas dan mengupas maksud di sebalik ayat ini..iaitu betapa ajaibnya ciptaan Allah iaitu laut.
Cahaya ada 7 warna mcm yg cikgu ajar di sekolah salah satunya warna merah. Apabila kita menyelam sejauh 10m- 15m ke dalam laut, warna merah itu akan hilang, jika kita menyelam lagi lebih dalam maka hampir semua warna tidak kelihatan..begitulah ajaibnya ciptaan tuhan.
Penyelam yang menyelam lebih dalam lagi akan berdarah tetapi tidak menyedari yg kulit mereka sudah berdarah kerana warna merah dah lenyap di pandangan..begitulah maksud ayat di atas jika dikaitkan dgn sains.
Dulu Dr Daniel tu ada jugak menyebut tentang sempadan di laut yg memisahkan dua bahagian laut tu dengan rasa air laut yang berbeza :satu bahagian tawar dan satu bahagian lagi tawar.Walaupaun tanpa dinding dan batas yang menghalaginya( secara kasar yg kita tak nampak).
Surah Al Furqaan: Ayat 53: Dan Dialah yg membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yg ini tawar lg segar dan yg lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas menghalanginya.
Alam Ajaib Di Laut
Monday, November 17, 2008
Alam Ajaib Di Laut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment