- Romantis tu adalah….bila Emak hampir tersembam kerana tersepak tunggul kayu di tengah jalan, Ayah terus marah-marah dan memaki hamun kayu tu bertalu-talu.
Si Emak berkata dgn selamba, “Sudah le tu, saya yg silap tak tengok jalan elok elok”. Laa…ye ke kesian tunggul kayu tu dapat maki free je,” balas Ayah dua kali lamba.
- Romantis tu adalah….bila Emak bagitau Ayah yg makan tengahari ni lewat sikit, “Adalah lewat 2,3 jam, boleh tunggu ke ayahnya?”tanya emak. “Bolehhh…emak punya pasai 30jam pun boleh tunggu,”balas Ayah sambil senyap senyap keluar rumah cari kedai mamak utk lapik perut. Time makan tengahari, mak tengok Ayah makan sikit je. “Biasale tu dah tua-tua ni kenala control jaga makan skit”, Ayah bohong sunat, sebab tak mau Emak kecik ati..hehehe
- Romantis tu adalah….bila pagi tu tiba-tiba je Ayah ucapkan “Happy Birthday to U”(nyanyi lagu Happy Bzday). Surprise sungguh mak, Ye la dah lebih 20 tahun kawin, nile 1st time Ayah ucapkan Hepi bezday. Anniversary perkahwinan pun Ayah yg terlebih dulu wish kan pada Emak. “Susah nak dapat suami yg kuat ingatan mcm Ayah ni, ucap mak mengagumi Ayah. “He he he he… ayah ketawa sambil dalam hati memuji-muji kecanggihan teknologi le ni yg ada “Reminder” dalam henset.
- Romantis tu adalah….bila Emak jatuh sakit, demam kura kura ke sibuklah Ayah bawakan Emak pi klinik pastikan Emak makan ubat, Ayah pun rajin memicit kepala emak biar cepat lega. “Sehari dua ni sembuh le saya, jgn le awak risau,” kata Emak.
“Ehhh.. tak risaula..sebenarnya saya risau kalau dapur kita tu tak berasap, kain baju belonggok-longgok kat dlm bakul…”balas Ayah.
- Romantis tu adalah… bila Ayah nak buat surprise kat Mak dgn membeli baju bezday mak. Siap ada kotak dgn riben lg.Romantis le tuuu.Emak pun try baju tu, sejurus pastu Emak pun keluar, senyum sambil ucap thank U. “Mahal ni, awak beli kat mana baju ni?” Ayah pun bagitau dia beli kat mana.
Petang tu Mak cari resit dan pegi ke kedai tu untuk tukar baju yg saiz lebih besar sikit. Sebabnya, saiz baju yg Ayah belikan tu saiz S sebab dia ingat Emak masih bersaiz S mcm mula mula kawen dolu-dolu…
ERTI ROMANTIS MAK&AYAH
Friday, February 27, 2009
ERTI ROMANTIS MAK&AYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment