Monday, February 8, 2010

Udang Galah Segar

 udang galah segar

Lama sudah tak makan udang galah. Tiba-tiba hari ni rezeki datang bergolek. Maklumlah sekarang nak dapat udang galah susah, dah semakin pupus, harga mahal. Pagi tadi ada sorang kawan ayah aku datang ada hal lain tapi dia tak datang dengan tangan kosong, dia bawak sekali udang galah yang segar bugar. Dia ni kaki pancing. Aktiviti dia malam-malam ialah pergi tangkap udang dengan kawan-kawan dia. Tak diketahui pulak di mana dia pegi tangkap. Dulu dia dapat dalam 30 ekor udang galah. Dia buat kenduri, menu gulai udang. Gulai udang dengan nenas..fuhh!! kecur air liur.
 udang galah segar, warnanya kebiru-biruan.

Udang yang besar- besar ni sempat aku snap sebelum dijadikan korban. Buat masak sambal udang. Udang ni, masak apa pun sedap, tambah-tambah lagi kalau yang fresh. Nak buat udang butter, pastu dibakar atau goreng saja pun sedap.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics