Ayat di atas aku tuju khas untuk diri aku..hehehe. Kenapa? Mengapa? Why? why?
Tengok gambo alahai..gebunye.. mengalahkan Zizie Ezette Bung Mukhtar..hohoho!!
dalam loyang lagi..baru je lepas masak...gebunye..!!
Akhirnya dapat jugak aku buat sendiri semalam, cheese cake kegemaran selepas try and error banyak resipi..
tapi kali ni aku tak malu le nak ngaku yang cheese cake ni aku yang buat..hehehe.
Walaupun yang dulu tak menjadi macam yang ni..tapi masih boleh makan..tapi tak bleh ckp ummphh!!
Kali ni boleh dikategorikan tip top..meletop!..pueh hati le wehh.
Adik aku melantak sampai tak ingat orang belakang..macam tak nak bagi orang makan dah Dia cakap nak bagi kawan dia rasa. Aku kata nanti kita buat lain je esok.chef ada tak lari mana hehehe. Sama-sama belajar buat le senag sikit nanti nak makan je..buat..tak payah dah ke secret recipe tu.
Lupakan je cheese cake secret recipe tu..yang mahal ya amat..saiz cheese cake yang sepotong, kecik lagi dari tapak tangan aku..mahal ya amat huhuhu!! tak puas nak makan.
Alahai..!! sedapnye..cheesynye..
lemaknye..disukai ramai
Lidah tak boleh bohongg!
Sedap wehh..resipi yang diambil di internet..myresipi.com kalau tak silap. Sapa nak resipi ni..angkat tangan..
Kalau buat exactly camni akan dapatle hasilnya macam cheese cake yang aku buat ni.
Bahan-bahan :
250gm cream cheese (philadelphia)
200 ml plain yogurt (kalau perisa lain warna jadi lain)
3cb tepung gandum/superfine.
2biji telur
90gm gula
Topping : pati blueberry atau (sesuka hati je nak letak apa)
Bahan bahan untuk kerak/crust:
1 cawan Biskut tiger/biskut marie diblend kasar sebanyak.
3cb mentega dimasak cair.
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar.
2. Pukul cream cheese (pada suhu bilik) dan plain yogurt sampai gebu.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas lain. campurkan dalam bekas cream cheese dan yogurt tadi.
4. Campur tepung gandum, kacau dan tuang dalam loyang berisi crust/kerak. Bakar.
Cara buat kerak/crust:
Masak mentega dan sejukkan, gaul hingga boleh kepal dengan serbuk biskut tiger tadi.
Tekan dalam loyang untuk jadikan lapisan nipis keraknya.
Cara bakar:
Letak loyang berisi adunan kek didalam bekas 1 lagi berisi air.
Bakar antara 40-50minit.
Selepas 30minit, tutup permukaan atas kek dengan foil aluminium utuk elakkan merekah.
Tip: kek ini jenis lembut dan perlu dibakar dengan cara di atas supaya suhu sekata dan tidak mudah hangit. (gambar 1st di atas)
10 comments:
waaa terliur pulak uncle pagi2 ni..jap nak salin resepi..jap lagi kuar beli bahan nak mamam hari ni jugak hahah
umang ai..cheez kek..mmg peberet ku tu... boleh la pinjam recipe yer..pandai tuan umah masak
nyum nyum :)
sedap..lidah tak boleh bohongg hehehe
mengancam!!ngee~
wah..npk sedap jew!
i love cheese cake =D
kenwooi.com
GERAMNYA TENGOK KEGEBUAN KEK MU ITU!!! HEHEHE
babe u buat bake cheesecake eh? macam best jek.tengok pun terliur.
ape kata u cuba chilled cheesecake pulak.so yummy...
http://hazzysuperb.blogspot.com/2010/02/chilled-cheesecake-menu-di-hazzys-diner.html
haaa... nak la resepi .....
Post a Comment