Friday, April 16, 2010

BILA KEKURANGAN JADI BAHAN KETAWA..ADIL KE?

Saya teringat satu babak dalam drama..cuma lupa tajuk drama dan nama pelakonnya.
Babak antara seorang lelaki dengan perempuan kerdil, so saya terangkan bg korang nampak.. perempuan yang kerdil ni agak berisi, kemudian dimekapkan dengan blusher merah macam badut, lipstik pun merah menyala..duk 2km dah nampak, makeup dan baju tah apa apa, aksesori berlebih lebih.
Kemudian  watak orang kerdil ni berjalan agak gedik gedik dan cuba memikat hati si lelaki tadi. Tapi lelaki ni tak layan...


Tu antara cara-cara kurang bijak dan agak stereotype yang sering digunakan oleh pengarah yang agak bodoh, walaupun dan buat berpuluh-puluh drama. Dia buat sesebuah drama komedi dan memancing gelak ketawa orang /penonton dengan cara memperbodoh bodohkan watak tu. Adil ke macam tu? Dunia tak adil? Bukan dunia..tapi manusia tu yang tak adil.  Bagi saya le, pengarah tu macam menghina ciptaan


tuhan.
Kita yang normal mungkin anggap benda tu biasa, tapi andai lah kita ditempat orang yang kerdil tu, bagaimana agaknya perasaan kita?

Mengejek memperlekeh fizikal dan kekurangan dah jadi bahan keseronokkan dan boleh pulak dibuat lagu..lagu Halimah Jongang... tanpa rasa bersalah. Budak budak pun suka lagu tu.
Macam mana kalau budak budak tu ejek kawan dia yang jongang di sekolah?



Ada pulak lagi drama Fatimah Juling..pasni tak tau le drama tajuk pe lagi yang boleh dipikirkan untuk nak menghina orang dengan kekurangan yang ada pada orang tu? Gagap, sengau, Mana tau ada drama Senah Gagap ke Abu Sengau ke..


Edie Hamid pencipta lagu tu ada sebut..dia cuma buat lagu tu untuk hiburan dan tak da niat nak singgung orang.
Memang la kau tak hina orang tapi kat luar tu sapa yang tahu? Budak budak dan orang yang kena hina tu yang dapat kesan pada psikologi dan jiwa dia...malu, rasa rendah diri, dan murung, benda ni tak boleh nampak dengan mata kasar.
Orang -orang yang kena hina ni..dia  tak pi jaja di muka akhbar ..silap- silap haribulan..orang kata kerana mulut badan binasa kan..so sapa nak jawab?





Zaibo pelawak tu pon tau rasa sakit hati dan tersinggung bila kepala dia dijadikan bahan lawak dan sindiran dengan kata-kata..."cerah", "bersinar". Semua orang ada hati dan perasaan, sapa yang takda hati dan perasaan, mungkin hati dia dah jadi "batu".

16 comments:

Shariz said...

Shariz setuju sgt....pengarah yg buat cerita bodoh mcm tu seolah2 dah takde idea lain...mempersendakan ciptaan Allah dan langsung tak jaga hati org yg dipersendakan tu...Agaknya bila dah kena kat batang hidung dia, barulah dia nak insaf kut...contohnya anak cucu dia nanti dihina sebegitu, barulah dia nak sedar....insaflah wahai pengarah yg dah takde idea bernas tu....huhuhu

.::WaNiE::. said...

saya sangat kurus ok

salu orang gelakkan

tapi salu simpan dalam hati jek

karang ok kata terlebih sensitif

nuriz said...

wanie..kurus ke..nmpak ok jek hehe

Anonymous said...

xadil!

Anak Perak said...

itu la.skrg diorg buat lawak pon jenis nak drop org.tmbh2 org bbdn sihat

Syue said...

yesyes, betul tu! mentaliti masyarakat kita ni masih lemah agaknya, tu yg dia nak buat cmtu. bg dia hiburan, tp bg org yg kekurangan tuu?

mimi said...

~~biarkan org memtertawa..nanti tuhan balas..teruskan kehudupan cam biasa...
~~jgn malu bertemu umum coz..pada permulaan jer pastu nanti dh biasa no hal...
tak de insan yg nak dijadikan x sempurna semuanya atas kehendak allah..ada hikmah...pecayalh..

nuriz said...

kita tak sempurna..hanya maha pencipta je yang sempurna

shynabaina said...

semua manusia sama jer yg membezakan kita iman dan taqwa..tgk org dh meninggal semua pakai kain putih jer..rumah tetap dpt 7kaki tu jer..sedarla..jgn kita anggap kita bagus n sempurna..kerana yg sempurna hanya lah ALLAH SUBHANAWATAALA..siapalah kita nk mempersendakan ciptaan-NYA..

nuriz said...

benar tu sapa le kita nak mempersendakan org lain..

.::WaNiE::. said...

segala lemak sangkut kat kepala jek

jumpe aku tengok

tangan kurus cam tengkorak jek

.:cEmmAh:. said...

kesian dorang kena hinaan macam tuh..ish2

fitrijohari007 said...

diorg yg kerdil ni pulak yang dieksploitasi...

nuriz said...
This comment has been removed by the author.
nuriz said...

wani..takpe le tgn kurus pun..abg labu syg gak kan..hehe

gEe said...

stuju sgt. pengarah kekurgan idea tp gatal nk wat drama/filem.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics