Mahalkan diri kau! Wah ni ayat sapa? ni pinjam ayat Adlin Aman Ramli..pengkritik AF8 paling jujur, kasar dan kedekut pujian..dia ada sebut kat budak - budak AF supaya mahalkan diri sebab nak jadi penyanyi bagus kena mahalkan diri sikit....ahaha..tapi saya tak nak cite bab AF8 ke, Adlin ke..nak cite bab lain sebenarnya ni..tinggalkan dulu AF 8 yang cintan cintun tu.
Dalam bidang blogger ni pun ada yang mahal ada yang murah..oo bukan jual blog ye..ada yang suka check blog dia harga berapa..mencecah ratus ribu riban ke dua tiga ringgit je ke..hehe..kalo mahal ratus ribu..ada ke orang nak beli?
Ala suka suki je tu nak check berapa harga blog tu..heheh.
Berbalik kepada "Mahalkan diri kau tu" sebenarnya saya nak tulis pasal..blog yang page rank tinggi dan rendah, page rank (PR), PR 0,1,2,3,4..bla bla...semua sedia maklum kan,
PR tinggi ialah yang trafik sudah tinggi dan ramai pengunjung, PR 0 ialah yang bukan tak ada pengunjung tapi kurang sikit la drp PR1,2, 3..
Selalu pagerank mcm blogger yang glemer sekarang cam RedMummy, Hanis Zalikha dan lain2 tu kalau kita pergi blog diorang, diaorang tak akan datang blog kita balik..itulah namanya Mahalkan diri kau. Orang dah glemer dia macam artis la, jadi tu semua perkara biasa, normal la kan.
Eh! korang ada mimpi nak jadi camtu ke, ada ke korang tengah bayangkan jadi mcm Redmummy, mimpi nak jadi 'Mahalkan diri kau', nanti bila dah PR korang naik jadik 4, 10 ke, maybe korang akan Mahalkan diri korang, tak payah blogwalking dah...hahaha bahagianya. (aku pun penah mimpikan nak jd camni.. Mimpi je la aku)
Jadi pe nak buat? buat le diorang ni sebagai contoh, amik ilmu tengok cara diaorang tulis dalam entri mcm mana. Lama diaorang nak bertapak nak dapat glemer cam tu, sekarang dah glemer, dikenali ramai, buat entri ciput pon orang komen berpuluh - puluh dalam post dia. Dia cite bab kucing dia romen pun, orang suka baca dan masuk komen berpusu-pusu dari peminat peminat dia..ahaha!
Mahalkan diri kau lebih kurang mcm korang puja artis, undi undi bg habis kredit, ada artis tu kenal kau? ahahah, takdenya artis nak datang umah korang...penat la kalau dia nak kenal semua peminat dia yang ratus ribu tu.
Dan kita nak tumpang sekaki nak komen sama dalam blog PR tinggi ni ..hahh masa ni la kita taruk komen dalam post blog yang glemer tu, untung2 komen kita appear masa orang search blog yang popular tu.
Blogger yang PR 0 buat entri hempas pulas, dengan keyword panas la keyword hangat lah bagai..dah tu duk pening kepala nak karang bagi sedap, alih alih komen 2, 3 kerat. ahaha...tu la adat kan. Bukan senang nak jadi senang.
Kalau kena pakej cam Hanis Zalikha, model dan pelakon lak, memang ramai peminat la. Redmummy tu pernah masuk rancangan realiti jadi memang dah ada pakej dan cepat naik dan dikenali ramai. Memang bertuah la bila pakej tu digunakan sebaik baiknya.
Tapi ramai jugak skarang blogger yang bukan asal daripada 'model', pelakon, atau artis realiti ke sudah menjadi blogger yang "Mahalkan diri kau"..atas usaha mereka menarik trafik ke blog mereka, so tahniah la kepada blogger yang meniti naik ke PR atas tu, dan jenguk2 sama orang di bawah...ahaha!
PR atas kadang kadang boleh jatuh gak kalau tak mantop dan dibiarkan, mcm roda gak kadang2 di atas, kadang2 di bawah..
Ok lah banyak dah aku meraban bab mahalkan diri ni, mata udah mengantuk ni..zzzzzzzzzzzzz
Adioz
21 comments:
yeah..aku takut nanti dah dekat atas jadi macam tu la..time PR rendah ni semangat nak blogwalk..time blogwalk ni la best..ramai kawan dapat..nanti? aduhh
dah naik nanti adam stil igt kat sis nuriz, ai promiss hahaha!
eh bangun2! tulis entri lagi jgn malas kang PR turun kekeke
wahh..ini lah cabaran berblogging..bkn sng nak senag,so kne ade strategi..
biar ape pon kita buat ia mestilah dilakukan dgn enjoy...baru ade kepuasan disitu..jgn rase terpaksa nnt hati yg merana
betul tu...aku pun ada tulis pasal bende2 ni tapi masih dlm schedule lagi...sabar jela weh...
dlu blog ade PR...masuk domain xde PR..kalo ade PR blog mahal cket....huhuhuhu~~
oo kalo ada domain takde PR ke.tak tahu lak hehe
laaa,apesal berhenti tulis? tga excited bace nihh :(
btw,singgah la blog saye yee,newbie di sini :D
http://muhdfarith.blogspot.com
ahaha nantikan siries yg seterusnya di lain masa
saya dahulukan dengan, hahahaha! memang pon. klu blog da popular, cite pasal kucing pun komen sampai ratus. blog tak femes kena usaha lebihlah macam blog aku.
sama gak la mcm org kaya..dia beli jam kat petaling street pon org kata jam dia jam mahal huhu
kalau awak nak jadi macam mereka apa salahnya? angan2 itu penting. jika wilbur bersaudara x berimaginasi yg manusia bisa terbang, mungkin kapal terbang x akan dicipta.hahaha.. btw. nak cepat glemer mcm dia..coba awak femeskan diri awak dulu. masuk AF ke, Mentor ke, OIAM ke. menang kalah belakang punya cerita..then bila awak femes masuk TV. boleh KALAHKAN RedMummy!! hahaha..
masuk Af OIAM tu idak ler..sbb sora tak sedap hehe..brangan yang lain tu leh le kot
he3...
kalu dah popular kan best..
tp nak sampai tahap tu susah kak..
hu3.. tp sy akan berusaha!!
pr akak bp?
kita blog dengan ikhlas dan senang ht mesti mariiii hehe..PR sis? cuba carik dlm blog ni hehe
betol tu..mm Redmummy dia bis women..mmg meletop..kite ni sapa lah..just nak dapt member, suka-suke nak nulis n sesaje nk dpt ilmu n luas pengetahuan...blogging happy2 sudah lah ek..jgn gadoh2..tak kaco org..org pun tak kaci kite..yg pntg kite hpy!!
low profile je lagi best kot...
x kesah kot. asalkan sendiri puas sudeyh... maintain ye :)
Betul2..Nak PR naik,rajin2kanlah diri tu
bila dah PR korang naik jadik 4, 10 ke, maybe korang akan Mahalkan diri korang, tak payah blogwalking dah...hahaha bahagianya. (aku pun penah mimpikan nak jd camni.. Mimpi je la aku)
jangan la gitu tuan tanah... nanti peminat kecewa tau...
im blogging for me.. not for other purposes :D
abg faizul..saya cuma bermimpi..tapi tak pernah berniat menjadi utk tidak blogwalking ke blog org lain..kerana saya jugak pernah berada di bawah..ohh!! ada peminat ke saya ahaha
Post a Comment