Saturday, June 19, 2010

Taktik Niaga Cara Tipu di Pasar Malam

Pasar malam, pasar yang dibuka menjelang malam, semua orang penah pi pasar malam kan? sapa tak penah pi? rugi kalau tak pi.
Pasar malam ni pasar yang amat popular di Malaysia, macam macam juadah, buah-buah, baju bundel, kasut, barang mainan, jual minyak ubat, minyak urat, bahan bahan basah yang kering..dan cd dvd cetak rompak pun ada..pendek kata macam macam adaaaaa..



Orang yang suka pi pasar malam, mesti hafal tempat pasar malam, kalau tempat dia duduk tu ada banyak port2 pasar malam yang berlainan hari..hari Isnin di tempat A, hari Selasa di tempat B, hari Khamis tang C, hari Jumaat pekan sehari..hehehe!! Gitu le citer pasar malam.



Tapi kat sini saya nak cite bab taktik peniaga pasar malam yang nak untung cepat cara kotor. Ni dipanggil taktik niaga tipu pelanggan. Makanle duit haram.
Dia ingat sekali orang kena  esok esok orang nak datang beli lagi ke kat tempat dia? Untung setakat kali tu je la. Orang akan ingat sampai bila bila. Niaga cara tipu ni, untung tak berkat dan tak berkekalan.

Pengalaman pengalaman terkena/tertipu ni, yang pernah berlaku  yang jadi kat saya, yg saya ingat dan geram sampai hari ni ..huhu



Pengalaman beli Sate tapi dapat lemak ayam
Kat pasar malam bukan main sedap tengok dia bakar, wangi harum je bau sate tu, beli la..balik je rumah, mengadap makan le secucuk..pelik. Nape lemak ayam banyak lak kat tengah ni. Makan yang secucuk lagi..serupa gak, 3 cucuk..sama gak..ooo baru tahu..dah kena tipu ni. Check balik semua cucuk , serupa je cara dia susun lemak ayam tu.
Taktik dia mencucuk lemak ayam berlipat lipat macam isi ayam, dan di kepit hanya 2 ketul isi ayam je mula dan akhir pada secucuk sate tu. Keji dak perbuatan ni? Jadi dalam satu cucuk cuma ada 2 ketul isi ayam..lainnya lemak ayam. Rasanya nak pi balik kat makcik jual sate tu ..mcm nak cucuk je lubang idung dia tu dengan cucok tu.


Pengalaman beli ikan tapi dapat ikan busuk
Ni kadang kadang, mak saya yang teror pilih  pun terkena dengan taktik penjual ikan yang mulut dia ramah, dan riuh riuh sesangat sambil dia jual dia akan jerit "sekilo 5 ringgit!" "sekilo 5 ringgit"!!

Orang yang jual ikan ke apa ke, tangan dia mesti cekap kaut ikan dan timbang ikan, lebih kurang macam ahli silap mata, sampai tak dan kita nak tengok dia kaut ikan busuk bawah timbunan ikan tu.

Taktik dia satu lagi, masa dia timbang. Dia buang..dia tambah..dia buang ..dia tambah lagi..masa dia timbang tu..a tu bila kita ralit je, dia sebenarnya buang ikan elok, dia tambah ikan busuk yang dah lemau. Bila balik tengok dapat ikan lemau. Tadi kita pilih yang elok je.

Memang cekap gerakan tangan penjual ikan di pasar malam yang macam ahli silap mata. Depa tak pi sekolah ahli silap mata tapi belajar dari pengalaman le tu.



Beli buah kena buah buruk

Lebih kurang macam penjual ikan gak, gerakan tangan si penjual buah pun cekap gak masa dia timbang buah. Contoh buah limau le..kita nak sekilo, dia bagi kita pilih buah, tapi masa kita pilih dia pun pilih sama tolong buh limau dalam plastik. Dia pilih yang buruk la. Masa dia timbang dia pun buat macam kes ikan tadi, dia tambah..dia buang lak, tambah lagi yang kecik buang lagi..last last ada le terkena buah yang buruk2,3 biji.

Atau pun kita nampak buah cantik cantik segar je, tapi kat bawah buah busuk,bila kita nak beli, dia akan kaut yang bawah then masuk plastik. Tu kadang nak beli buah, kena pilih betul betul, tapi terkena jugak.


Pengalaman beli daging tapi dapat urat liat.
Hahaha!! yang ni ayah saya selalu terkena sebab ayah saya bukan jenis cerewet memilih bila pi pasar, dia bagi je penjual daging tu hiris daging lembu part mana yang orang tu suka. Selalu kena marah dengan mak saya, sebab daging tu liat ada urat je.

Selalu mak saya orang yang cerewet bila nak beli daging, kadang kadang orang tu kena sound balik sebab hiris kat tempat yang banyak  urat. Tu le hak hak pelanggan kan..hak hak untuk memilih.

Takpe pompuan cerewet sikit, janji dapat yang elok daripada biar je orang tipu kita.



Bulan Posa tak lama lagi, nanti mesti banyak bazaar Ramadan, lagi banyak orang jual macam macam kuih muih juadah untuk berbuka. Bulan posa pun orang tipu gak, kadang kadang makanan semlm yg nak basi pun dijual lagi. Tak nak rugi. Sanggup tipu pelanggan buat keje tak senonoh tu.
Nak niaga cari rezeki buat le cara elok tak perlu nak tipu camtu, hidup tak berkat.


Tu le antara kes kes tipah tertipu..tipu tertipah...

8 comments:

Aishot said...

selalu pegi pasar malam
sampai dh muak dengan makanannye

fasham said...

wah napa sampai macam tu yer..kenapalah diorg ni menipu ....kdg2x pasar malam harganya lebih kurg dengan keda biasa betul x

datin kelly ketak said...

sokong...banyak yg menipu dari yg jujur...sakit hati kalu balik2 umah baru sedar diri ih kene tipu...pastu konpem sumpah x nak dtg kedai tu lagi...senang cita, pi beli kat pasar borong je...lg segar, murah dan bersih...hehehe...

jemput2 dtg blog saye, ok...

LaNuNsepet said...

hu3..kalu menipu..
haram la jawabyar...

LaNuNsepet said...

lame dah tak g nuriz...
kat kg lanun... bese2 jer..
psarmalam yg best kat bandar..

IKLAN PERCUMA said...

nak untung lebih..

My Airul... said...

mmg xboleh pki la org bniage skang.. xleh org lalai skit mesti nk amik kesempatan...

hudamcgyver said...

setahun lebey dah tak g pasar malam. huhuhuhu

[expect] the un[expect]ed

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics