Belajar photoshop lagi, saya masih guna CS3, CS4 pun sama jugak untuk step stepnya. Kali ni nak tunjuk cara cara tukar warna anak mata menjadikan lebih glemer ahah! Dah ada warna mata coklat atau hitam teringin nak jadi omputih lak, nak warna biru, jingga merah ke..so meh try cara cara nak tukar wana anak mata dengan photoshop.
Langkah 1
Buka imej, CTRL +j untuk copy imej tadi, supaya senang kita edit.
Langkah 2
Pada layer 1 select anak mata dengan menggunakan lasso tools, untuk pilih anak mata kedua, tekan dan hold SHIFT, dan select.
tips : CTRL + untuk besarkan imej supaya senang nak edit imej yang kecil.
Langkah 3
Buat new layer lagi, dan tukar background warna kepada warna yang anda nak warnakan mata tu.
CTRL +del untuk masukkan warna anak mata.
Langkah 4
Tukar Layer mode dari normal kepada soft light. Kalau perlu gunalah gaussian blur. Filter, Blur, gaussian blur, adjust bagi sesuai.
Jika anda nak tukar anak mata dengan warna lain, boleh jugak guna CTRL+ U (hue/saturation) dan drag ikut kreativiti.
Erase pada bahagian warna yang terkeluar. Guna brush yang sesuai.
Langkah 7
CTRL + d untuk diselect bila kita habis mengedit. Ok selesai.
6 comments:
mekasih cikgu :).
jom gi my blog baca my citer pasal truly gifted - double S
sama sama :)
Pandai nye nuriz men adobe...hehe
:D
buat la mate merah..baru nmpk macam darahcula.
Sila lah melawat blog saye :D
wah rajin dan baik hati la ajarkan org laen.. nanti nk cuba gak la..
sblm ni tk pernah wat lagi anak mata
=)
bnde ni boley download d mne yep..?
wow..biru mata hitamku..haha
Post a Comment