Tuesday, June 22, 2010

Ubat Hidung Tersumbat -Nassal Spray 357 Ada Steroid

Saya demam selsema minggu lepas, dah lega tapi hidung ni masih tersumbat sebelah, jadi nak bernafas sangat susah..tensen gak kalau nafas sebelah ni, telinga pun macam bengang je, deria rasa pun dah hilang sejak demam selsema ni,  tapi pikir pikir nasib sebelah ada sebelah lagi..huhu kalau tak, nafas ikut mulut le jawabnya.

Selalu saya guna nassal spray nak elak hidung tersumbat, tambah tambah waktu malam mula le menjadi jadi tersumbat dia. Tadi saya nak pi cari nassal spray atau nose spray ni, tapi my sis kata ubat nassal spray tu bahaya dah masuk berita dulu, dia kata jaga jaga sikit.

So saya pun takut jugak, then saya search pasal ubat ni, rupanya ada satu jenama nassal spray yang bahaya yang heboh tu dalam bulan April lalu..tapi nape saya tak tahu..huhuhu!!



Ni le  jenama, Nassal Spray 357, keluaran syarikat Three, Five Seven Sdn Bhd yang diharamkan tu.  Kandungan steroid yang tinggi dan ubat ni dikenali dan digunakan ramai orang kerana kemujarabannya. Ohh patutla mujarab sangat, cepat lega rupanya ada bahan kimia yang tinggi.
Bahan kimia tu namanya Dexamethasone. Ubat ni memang untuk alahan,

Kesan Dexamethasone ni kalau tengok menakutkan. Nasib saya tak penah beli Nassal Spray ni.
Kesan buruk:
Lemah otot, rosak tulang, pengeluaran peluh berlebihan, menahan cairan tubuh, sakit kepala, bertambah banyak serangan penyakit virus, merosakkan kelenjar endokrin buah pinggang.
Nassal Spray sudah diharamkan dijual di farmasi farmasi. Pikir dua tiga kali dah nak guna mana mana jenama nassal spray sekarang..takut ada kesan buruk yang tak tahu. Sabar je la , nafas sebelah pun takpa la huhuhu!!

5 comments:

Unknown said...

sepatutnya ubat melegakan penyakit.nie bg jg lebih teruk pula..kena berhati-hati nie..thanks for the info

ArtForAuction said...

ahah...time tu saya tgh kat kedai. tetibe ada sorg supplier ni angkut semua nasal spray nie.heran saya kenapa. ingat x laku ke apa. pastu beberapa hari kemudian ada plak pelanggan dtg cari bende nie. mujarab katanya. pastu dia kecewa bila tak ada.

haish...anda telah terselamat customer. jangan la kecewa...

Duniakuabstrak said...

BAND nassal spray, beli jenama lain..tq bagi tau..

nuriz said...

nassal spray jenama 357 yg diharamkn tapi jenama lain tak tahu le

nuriz said...

dia kecewa sebab dia tak tahu lg..fuhh pasni mesti dia bersyukur

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics