Tuesday, July 6, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Bermula Hari Ini


Hari ini hari Selasa 6hb Julai, bermula lah banci  penduduk di semua tempat dan kediaman. Seseorang akan datang ke rumah anda iaitu pembanci. Tugas dia bertanyakan soalan soalan dan kaji selidik mengumpul maklumat dan data data  untuk kegunaan perancangan kerajaan kepada rakyat di masa depan.

 Tempoh banci ni akan tamat pada 22hb Ogos. Selepas dari tarikh tu, kalau ada  pembanci datang jugak, tanya soalan lagi, memanglah sah bukan pembanci, mungkin pencuri, penyamar atau orang yang nak jual barang atau jualan langsung. Biasala kan zaman sekarang banyak cara orang nak menipu. Jangan terpedaya ye.

Di Kelantan ada banci waktu malam pulak. Banci waktu malam ni nak tahu berapa ramai orang yang tak ada rumah dan selalu sebelah siang orang jarang ada kat rumah sebab bekerja.
Operasi banci tu bermula pukul 12 tengah malam sampai le 7 pagi. Kerja keras betul semua pembanci pembanci, tengah orang tido sedap..pembanci bergerak cari maklumat.

Apa maklumat pembanci akan kumpul:
Berapa ramai isi rumah, berapa umur isi rumah, apa pekerjaan isi rumah, bilik tidur berapa buah, bilik air berapa?, kereta berapa buah? ada komputer tak kat rumah? dll..

Eh eh lagu banci penduduk pun ada :)
Lagu Banci Penduduk
Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama…

Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics