Nak tahu teknik dan formula meramal dan meneka nombor ekor dengan mudah, cepat dan mungkin berkesan? Fuyoo! dasyatkan tetiba tajuk ramal nombor ekor lak. Sotong Paul pun dah pencen meramal piala dunia. Tapi kaki kaki judi mesti tak pernah berenti mencari teknik dan meramal nombor ekor. Mencari bomoh bomoh yang handal teka nombor ekor. Mencari tempat tempat keramat, kubur lama, tokong2 nak pi menurun kot kot dapat no dari langit. Mencari tip tip teka nombor ekor tepat dan byk lagi perkara pelik yang kaki judi ni buat.
Orang yang kaki judi atau taik judi ni selalu mencuba berbagai cara nak meramal nombor ekor. Rasa gian ketagih sampai sanggup bergolok bergadai sebab nak main judi dan tikam ekor.
Meh nak cite kaki tikam ekor yang mencari kaedah kaedah supaya dia menang ramalan no ekor tu..ahahah!!
Kisah benar ni diceritakan oleh sedara saya semasa dia bertugas di sebuah pendalaman, saya sebut kawasan tu huruf X je.
Kawasan X tu sangatlah terkenal dengan penduduknya yang segan pi sembahyang jumaat, tapi rajin melepak di kedai kopi. Rajin menikam nombor ekor, pada bulan puasa pulak sangat lah tak segan silu membeli nasi bungkus di siang hari. Sunnguh sadis betul kawasan X tu. Majoriti penduduk adalah Melayu Islam.
Sedara saya ni seorang guru yang bertugas di X tu, pada hujung minggu dia sedang mencuci kereta, lepas dia cuci kereta dia pun keluar ke bandar untuk membeli barang dapur.
Sesampai je di halaman rumah dia, tetiba dia disapa dua orang penduduk kawasan X tu yang sebenarnya mengekori dia dari belakang. Pangkat pakcik pakcik le dua orang tu.
Pakcik pakcik tu pun datang sembang sembang, lepas tu pakcik tadi tegur le..pakcik tu cakap,
"kat belakang cermin kereta tu ada kain melekat lah, dari kamu pergi bandar.. sampai le kamu balik , kami tengok kain tu melekat je di cermin tu, sebab tu kami datang nak bagitahu, kami rasa pelik lah".
Sedara saya jawab, " Oh ye ke, saya pun tak perasan lak kain tu melekat tak jatuh jatuh".
Pakcik pakcik dua orang tu masih lagi pelik dan membelek belek je kereta sedara saya tu, sambil tak habis habis excited dengan kejadian kain lap kereta yg melekat di cermin belakang tu.
Dua tiga hari lepas kejadian tu, pakcik pakcik tadi datang ke rumah sedara tadi tu, kali ni pakcik pakcik tu tak semena mena nak mengajak sedara saya tadi ni pergi makan makan. Nak belanja makan le.
Pakcik pakcik tadi bermuka happy je, pastu terkeluar le cerita yang sebenarnya pakcik pakcik tu nak berterima kasih pada sedara saya, sebab no kereta sedara saya tu dah menang tikam ekor! hadiah no dua lagi.
Pakcik pakcik tu kata tak sia sia depa tikam no kete sedara saya yang unik tu disebabkan petanda pelik kain lap kete melekat di cermin.
Sedara saya pun terkejut gak bila pakcik tu cakap macam tu, tapi dia tolak cara baik le, dia pun malas nak melayan karenah pakcik pakcik kaki judi tu. Tak pasal pasal ajak pi makan dengan duit haram tu.
Begitu rupanya petanda pelik yang kaki tikam ekor ni buat panduan masa nak tikam ekor ye. Apa saja yang pelik mesti depa cepat cepat pi selidik. Aduii!! macam macam pesyen kaki judi ni.
Kesian kat keluarga, anak bini kena makan duit haram.,bila anak anak dah derhaka, belajar tak pandai, terjebak dengan dadah, sapa yang salah?
p/s : sayang sekali tiada teknik meramal no ekor sini ye..kuang kuang kuang
8 comments:
bila kepala tu dah pikir duit je, lupa sume soal keberkatan. camnola melayu nak maju..
salam..
erm..ntahlah.taktau nak cakap camana.
tak pernah pon saya mencuba dan nak ambil tau how to play toto ke apa..
tapi ramai la member2..main no nih.
dan tak pernah MENANG pon...
maybe diorang tak jumpa lagi kain lap kereta yang melekat di cermin hehehe
itu hari belalang jumpa satu keta tuh kain pelikat terlekat kat cermin belakang dia...ntah2 klu tikam dapat first prize pe ek...
kuikuikui...
agak2 paul leh ramal tak..
Folding Shower : Menjimatkan Ruang Bilik Air
kui kui kui
ia tidak menjadi suatu kepelikkan kerana di negara ini, cukai dari hasil judi dan arak menjadi sumber pendapatan negara. Sebab tu lah ada lesen judi dan arak diluluskan sama ada secara senyap mahupun diketahui oleh orang awam.., tupun lepas dah kantoi...
Bila sumber Halal bercampur baur dengan yang Haram, rakyat akan dapat "Halam". Ini menjadi salah satu faktor solat tidak kusyuk, masalah sosial menjadi2, kurangnya sifat kasih sayang, belas ihsan sesama manusia.
Macam mana rakyatnya x berjudi dan minum arak, dah kerajaannya yg luluskan... Malaysia adalah sebuah negara Islam, merdeka dah lama, tapi masih lagi dikatakan belum bersedia laksanakan hukum dan undang2 Allah..? Pelik2...
zaman skang nie...semua nak duit cepat..entah lah..dari dulu lgi bende nie...macam2 je nak dipuja..btu lah pokok lah,...tahi lah..eh...tapi kerajaan susah nakhentikan bende nie coz nie salah satu punca ekonomi mlaysia gak..cume kerajaan tak dapat nak hentikan kaum melayu dari berhenti wat bende nie...susah2
Post a Comment