Monday, July 5, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa , The Malay Chronicles: Bloodlines,Trailer Filem dan Sinopsis

Filem Hikayat Merong Mahawangsa@ The Malay Chronicles: Bloodlines diarahkan oleh Yusri KRU, pertama kali tengok trailer filem ni rasa tepegun sebentar, seolah olah sedang tengok promo filem arahan pengarah dari Hollywood. Rupanya bukan, pengarah tu ialah Yusry KRU, anak Malaysia yang penuh idea dan berbakat besar.

Sebab trailer yang hebat ni jugak pembeli dari luar negara dah beli filem ni, walaupun belum ditayangkan di pawagam.

Dalam trailer filem ni boleh nampak kehebatan teknik CGI, set yang hebat macam istana Maharaja Cina, dan Rom, seolah olah kita tengah tengok negara Cina dan Rom sebenar padahal  pengambaran 95% adalah di Terengganu sebenarnya. Aksi lawan dan lagak ngeri pun  mendebarkan. Sound dia hebat, muzik latar pun hebat, zup zap zup zap bunyi pedang dengan anak panah tu huhu...

Filem ni memang bertaraf antarabangsa lah. Kita rakyat Malaysia patut bangga ada anak muda dan karya yang hebat ni.


Satu lagi rasa nak bangga jugak ialah Merong Mahawangsa ni ialah sebuah Hikayat Sejarah dan berkaitan jugak dengan negeri Kedah (ahakk..negeri kelahiran saya).
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) sebuag epik dan mitos  macam Hikayat Hang Tuah jugak. Hang Tuah dah difilemkan sekarang giliran Merong Mahawangsa lak.


Video Trailer Filem Hikayat Merong Mahawangsa




Filem ni menelan belanja RM8juta, tetapi pengedar filem Eropah beranggapan kos filem ni RM100juta lebih.
Dasyatkan? Tayangan filem ni lambat lagi , awal tahun 2011 kot. tak sabar rasa nak tunggu.
25 negara sudah tempah untuk ditayang di luar negara. Pasaran dijangka ke United Kingdom, Timur Tengah, Perancis, Jerman dan Rusia.


Sedikit kisah dalam HMM
Hikayat Meronng Mahawangsa ditulis untuk memperkenalkan asal usul keturunan Raja raja di Kedah.

Dalam HMM ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China.


Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri.

Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Sinopsis Filem Hikayat Merong Mahawangsa :
Seperti dalam HMM, filem ni menggabungkan sejarah 3 tamadun besar, iaitu Tamadun Melayu, Rom dan China,  mengisahkan Merong Mahawangsa berketurunan Alexander The Great (Iskandar Zulkarnain) nakhoda kapal yang terkenal di era kegemilangan empayar Rom, manakala Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah.
Semasa kapal tentera Rom berlabuh di Goa, Merong Mahawangsa diperintah mengawal dan mengiringi  putera Raja Rom untuk melamar puteri raja Cina.
Halangan muncul apabila mereka diserang oleh Geruda, (dlm HMM Geruda dikatakan seekor burung Garuda yang besar).
Geruda menculik puteri raja cina untuk dijadikan tebusan semasa armada tentera Merong Mahawangsa berhenti rehat di Selat Melaka. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri raja cina tu?


Pelakon: Stephen Rahman-Hughes, Rahim Razali, Umi Nazeera, Craig Fong dan ramai lg.
Panjang lagi sebenarnya HMM ni 7hari 7malam tak habis nak baca. Tengok filem KRU nanti lagi mudah faham kan..hehehe!!

2 comments:

.::WaNiE::. said...

ko cakap ngan aku

ni mcm puteri gunung ledang ke tak

kalau ye aku tak mo tengok

nuriz said...

hang tak tgk trailer dia ke wanie..dijamin mantopp nih hehehe..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics