Tuesday, July 6, 2010

Permohonan Biasiswa Tajaan JPA Untuk Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010

Permohonan untuk Biasiswa Tajaan JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) telah dibuka mulai 3hb Julai hingga 16hb Julai 2010 ni.


Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Pemohon pemohon yang layak mengikut syarat syarat yang ditetapkan boleh memohon secara online.





 Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

IPTA (Ijazah/Diploma)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
IPTS (Ijazah
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN

Layari  Jabatan Perkhidmatan Awam

Daftar Permohonan Biasiswa Tajaan JPA untuk Program  Ijazah Dalam Negara PIDN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Emel: lspdn@jpa.gov.my atau esila@jpa.gov.my
Talian: 03-8885 3049


Bagi Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 2/2010
boleh Layari eSILA. Pernohonan telah dibuka mulai 1hb Julai hingga 30hb Julai ni.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics