Char Kwe Teow Penang memang terkenal sebab rasa dan kesedapan yang lain dari yang lain. Satu rahsianya ialah kicap char kwe teow tu yang dikatakan resipi asli dan kicap tu perlu dibeli kalau nak buka gerai char kwe teow atau nak masak di rumah.
Kicap tu diproses siap dan dijual sebotol kalau tak silap saya, RM 20 sebotol. Dengan hanya guna kicap tu tanpa letak garam gula, kicap sos atau lain lainnya macam selalu kita goreng kwe teow atau mee goreng tu.
Jadi saya pun tanya le pendapat mak saya, apa sebenarnya ada dalam kicap tu..kot kot le mak saya tau. Selalu orang tua ni pandai merasa dan kadang kadang dia dah boleh agak apa yang ada dalam bahan bahan masakan dengan rasa saja..maklumlah orang tua lebih dulu makan garam kann..
Ok apa jawapan mak saya?
Mak saya agak agak kicap tu sudah dicampur bahan bahan seperti stok udang, kicap cair kicap manis, sos tiram, sos cili, perasa, garam dan bahan bahan lain yang asas untuk sos menggoreng tu. Tekaan mak saya mungkin benar 90 atau 80 %. Otak udang atau stok udang memang sedap kalau campur dalam tu.
Resipi rahsia char kwe teow ni hampir2 terbongkar ahahaha!!..tapi teknik menggoreng boleh le tengok kat bawah tu..
Resipi ni pun saya terjumpa di internet tentang Char Kwe Teow Penang.
Cuba lihat sos kicap yang telah disediakan sebelum memasak.
Masak Kwe Teow tak banyak bahan cuma perlu ada bawang putih kucai, tougeh, kerang , udang dan telur.
Meh tengok resipi sos kicap tu:
3 sudu besar kicap manis
3sudu besar kicap
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
Garam,MSG dan gula secukup rasa
Air rebusan udang/kepala udang
Rebus air rebusan udang sekali dengan kepala udang, ambil air rebusan udang dan campur dengan semua bahan bahan sos tadi.
Bahan asas:
Kwe teow
Kerang rebus
Udang sederhana besar
Taugeh
Kucai
1bj telur (1 orang makan)
Bahan tumis,
2 ulas bawang putih
Cili kisar
Cara-cara
1.Campur semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang. Masakkan di atas api kecil hingga mendidih sekejap. Jangan terlalu pekat. Jika pekat tambah air.
2. Panaskan minyak, masukkan udang dulu, setengah masak, buang minyak sikit, angkat udang tadi dan tumis pulak bawang putih.
3. Bila bawang dah wangi, masukkan cili kisar sikit, masukkan udang tadi, dan kwe teow. Masukkan kicap yang dah ready tadi mengikut rasa sendiri.
Jangan banyak sangat nanti lembik kwe teow tu.
4. Masukkan telur, kerang dan kacau dengan cepat, masukkan kucai dan taugeh, kacau lagi cepat2 dan ready untuk dihidang.
Kwe teow ni kalau dimasak untuk seorang seorang lagi bagus sebab kicap tadi boleh diguna untuk masak banyak kali, boleh disimpan jugak.
Saya dah try, memag sedap sekali hehehe mcm beli kat kedai char kwe teow Penang..eheheh!!
Ok ni video macam mana rahsia menggoreng char kwe teow..boleh tengok kelainan dan petua petua menggoreng tu. Sos kicap dah kita tahu walaupun bukan 100%. Teknik goreng pun penting jugak :)
0 comments:
Post a Comment