Menjelang hari Merdeka ke 53 tahun ni, bebrapa syarikat tol memberi kadar diskaun kepada pengguna lebuh raya. Nampaknya ramai yang balik kampung nanti hari merdeka atau keluar shopping dengan family bolehlah jimat sikit bayaran tol tu.
Syarikat konsesi Lingkaran Transkota Sdn Bhd (Litrak) memberi laluan percuma bagi pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) manakala tiga syarikat lain memberikan diskaun sebanyak 20% bermula dari pukul 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan.
Plus Expressway Berhad (Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson), Linkedua Sdn. Bhd. (Johor Bahru ke Singapura) serta Elite Sdn. Bhd. (Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah) bersetuju memberi diskaun 20 peratus pada 31 Ogos dan 1 September ini.
Diskaun itu hanya untuk kereta persendirian yang melalui lebuh raya berkenaan dari 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 31 Ogos dan 1 September.
Sumber: Kosmo
0 comments:
Post a Comment