Polis sedang menyiasat siapa dalang di sebalik Facebook Tunku Mahkota Johor (TMJ) Palsu. Satu akaun di bawah nama Cik Miky yang mendakwa dia bakal isteri Tunku Mahkota Johor dan mengaku dia jgk pembantu peribadi TMJ telah disedari beberapa hari lalu.
Individu yang menggelar dirinya Miky ni mereka-reka cerita dan membalas komen peminat peminat TMJ. Sejak laman tu dibuka, terdapat 10,000 peminat yang menyertai laman facebook TMJ.
Laman palsu tu telah ditutup sejak kes ni heboh di media.
Polis Johor dengan kerjasama polis Bukit Aman ketika ini sedang menjalankan gerakan menjejaki suspek.
Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi sebenar suspek serta sebarang kaitan antara suspek dengan keluarga diraja Johor kerana kes itu masih dalam siasatan.
Updated:
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, 25, tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook sendiri. Menurut sumber terdekat istana, hanya dua orang putera Sultan Johor yang mempunyai laman rangkaian sosial tersebut iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, 22, dan adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 20.
Selain kedua-dua putera tersebut, mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar sama sekali.
Hanya Tunku Idris dan Tunku Jalil yang mempunyai akaun Facebook, yang lain-lain (termasuk Tunku Ismail Ibrahim) tiada akaun Facebook.
Tunku Idris dan Tunku Jalil juga tidak sewenang-wenangnya menerima permintaan mana-mana individu tidak dikenali untuk menjadi rakan dalam Facebook melainkan kerabat dan kenalan terdekat.
Menggunakan akaun Facebook dengan membuat penyamaran dan menipu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
Sumber: Kosmo
0 comments:
Post a Comment