Akhirnya bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati, 35 tahun selamat kahwin dengan jejaka kacak dan seorang chef berusia 23 tahun. Suami baru Maizawati ni bernama Mohd Yassin Rahim. Kalau dah jodoh tak ke mana, walaupun jarak usia antara mereka 12 tahun. Mereka berdua diijabkabul di Bercham, Ipoh dengan mas kahwin RM101.00.
Lagi koleksi gambar perkahwinan Maizawati
Majlis perkahwinan tu diserikan lagi dengan kehadiran dua anak Maizawati hasil perkahwinan pertamanya, Deanna Sofea, 17, dan Daniel Arif, 16, serta empat anak hasil perkongsian hidup bersama Akhil, Siti Nor Maisarah, 13, Muhammad Shariff Hidayatullah, 12, Muhammad Shakir Hidayatullah, 9, dan Muhammad Shatiri Hidayatullah, 3, turut hadir.
Sebelum tu Maizawati berharap anak anaknya diberi kebenaran oleh bekas suami bagi menghadiri majlis
perkahwinannya kerana dia terlalu rindukan anak anaknya. Maiza mengaku dia tak pernah berhubung dengan Akhil sejak perpisahan mereka.
Akhil tak dapat hadir ke majlis tu kerana Waheeda dikatakan kurang sihat.
Perhubungannya dengan Mohd Yassin pernah dilanda dugaan dan tohmahan orang ramai, dan pernah renggang gara gara orang ketiga tapi akhirnya bersatu jugak hari ini.
5 comments:
erk.makin byk dah org muda kawen org tua.erk i mean kakak dgn adik.eh betul ke?lebih kuranglah kan:P
meletop jugak maizawati kahwin....nice colour
jangan pisahkan anak dengan ibunya... Ingatlah pengorbanan seorang ibu...Kasih ibu membawa ke Syurga...
jangan pisahkan anak dengan ibunya... Ingatlah pengorbanan seorang ibu...Kasih ibu membawa ke Syurga...
12 thun tu jarak
Post a Comment