Saturday, August 14, 2010

Kereta Honda Jazz Sama No Plat JJF9305 dengan EX5

Sungguh licik penyeludup dan pengklon kereta, memalsukan no plat, no ic, geran kereta, semua cukup lengkap, sehingga pihak JPJ tak perasaan masa proses pendaftaran kereta tu.
Kes berlaku ke atas kereta Honda Jazz dgn no plat JJF 9305 yang sama dengan no plat motor Honda EX5.
Sindiket meyeludup kereta dan menukar no plat ni dah lama berleluasa, jadi tak heran kalau saman ekor kereta orang tetiba jadi beribu ribu..mungkin sebab kes begini le kot.

Kadang-kadang  no plat motor orang kena saman tak pakai tali pinggang keledar, sape tak terkejut beruk kalau saman sampai sebab dia naik motor tak pakai tali pinggang? Rupanya  no plat motor dia sama dengan no plat kereta. Tak ke haru?

 Sekadar gambar hiasan bukan gambar sebenar
Honda Jazz kuning ni macam yang Jue Aziz naik semalam dalam Janji Kekasih :)



Petikan dari berita :



Dua kereta Honda Jazz dikesan memiliki nombor casis sama, tetapi berbeza nombor pendaftaran manakala sebuah daripada kereta itu pula berkongsi nombor pendaftaran dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5. Masalah itu terbongkar ketika pemilik sebuah kereta berkenaan ingin menjual kenderaannya dan menjalani proses penukaran hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 30 Julai lalu.

Mengikut semakan JPJ, nombor pendaftaran kereta yang ingin ditukar hak milik kepunyaan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran JJF 9305 manakala nombor pendaftaran kereta itu adalah WPN 8448, tetapi nombor pendaftaran itu digunakan sebuah lagi kereta jenis sama yang dipercayai kereta seludup.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata, pihaknya melalui Unit Siasatan Kenderaan (USK) menjalankan siasatan dan menjejaki kereta ‘klon’ hingga ke Terengganu dan Perlis serta melakukan beberapa prosedur pemeriksaan bagi membuktikan ketulenan mana satu kereta sah.

Menurutnya, kes kereta klon memang banyak berlaku namun kes itu agak rumit kerana turut membabitkan motosikal dan pihaknya terpaksa menyita semua kenderaan berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati beberapa penipuan berlaku dalam proses dokumentasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika proses mendapatkan salinan geran dan penukaran nama untuk kenderaan motosikal dengan kereta.

“Antara penipuan itu termasuk menggunakan salinan kad pengenalan palsu ditukar gambar, tandatangan pemilik asal dipalsukan, pemilik asal wanita namun yang mohon geran salinan adalah lelaki dan beberapa lagi penipuan lain,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan kimia turut dijalankan ke atas sebuah kereta yang dipercayai diseludup dari negara jiran bagi mengetahui nombor casis sebenar.

“Selepas ujian kimia dijalankan mendapati nombor casis kereta klon itu bukan dari negara ini dan percaya ia diubah suai sejak April lalu oleh pihak tertentu yang mempunyai akses maklumat kereta asal.


“Dalam kes ini, paling malang pemilik motosikal kerana salinan kad pengenalannya digunakan pihak lain tanpa pengetahuannya untuk penukaran nombor plat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics