Sunday, August 22, 2010

Pengakuan Khatib: Bukan Pertama Kali Sebut Nama Guan Eng dalam Khutbah Jumaat

Lagi berita tentang isu sebut nama Ketua Menteri Guan Eng dalam khutbah Jumaat..pengakuan oleh seorang khatib bernama Zakaria Ahmad yang jugak adik kepada Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad bahawa kes itu bukan pertama kali tetapi sudah banyak kali menyebut nama Guan Eng dalam Khutbah Jumaat.

Khatib tu menjelaskan kenapa nama Guan Eng disebut dalam khutbah tu. Apa ulasan dari Mufti Perak Harussani Zakaria mengenai isu tersebut?




Petikan berita penuh:Antara petikan doa tersebut; "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."
Bagaimanapun, Zakaria tidak ada mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.
Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Apa kata Mufti Perak:
Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat.”
Sumber Berita Harian.

5 comments:

Amir Izzat said...

salam kak! ha,kang betul amir cakap..aritu ada blogger tegur amir..jangan duk sebar fitnah pasal nie..kan dah betull..aiya...

Ciklinn said...

ermmm tak patutlah buat camtu kan.... cik nuriz TQ sbb byk berkongsi info... banyak yg ciklinn belajar dari sini... ciklinn mak budak yg baru jer belajar nie...TQ..

nuriz said...

ni pun dari petikan berita dulu sis pun taku jugak tak betul dakwaan ni

nuriz said...

sama sama cik linn

Iman's Umi said...

Sy rs klu org yg didoakan tu mmg nmpk kecenderungan utk berhijrah (peluk Islam) xpe la jugak, ini...jauh panggang dri api...baik doakn kesejahteraan umat Islam seluruhnya.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics