Monday, August 23, 2010

Penjelasan Roslin dalam Kes Cerai dengan Norhayati

Roslin memberi penjelasan kepada pihak media tentang kes cerai dengan Norhayati. Jalani Sidek iaitu suami kpd Raja Azmi kesal dengan kejadian tu menggesa agar Roslin membersihkan nama isterinya itu.
 Roslin juga meminta agar pihak media tidak membuat fitnah dan spekulasi yang dia ada hubungan sulit dengan Raja Azmi, dan Roslin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak  yang memfitnahnya.


Ikuti penjelasan Roslin :



Nurhayati berubah selepas kahwin.

Roslin agak terkilan apabila Raja Azmi yang dianggap sebagai ahli keluarganya itu difitnah mempunyai hubungan sulit dengan dirinya, sekali gus dituduh sebagai punca perceraiannya dengan Nurhayati.


“Impak daripada pernyataan mahkamah Norhayati, reputasi saya dan Kak Mi di mata umum sudah tercalar dan ke mana-mana kami pergi, pastinya mereka tertanya-tanya betul ke Kak Mi dan saya buat hubungan sulit,” tutur Roslin yang memanggil Raja Azmi dengan panggilan Kak Mi dan Jalani dengan nama ringkas, Abang Jack.

“Saya dengan Kak Mi tidak ada hubungan sulit. Kami rapat sebagai ahli keluarga. Sebelum saya mengahwini Nurhayati pada 9 Julai tahun ini, dia juga sudah mengetahui betapa saya dan Kak Mi akrab.”

Menurutnya, Raja Azmi yang memperkenalkan dirinya dengan Norhayati pada Januari tahun ini. “Justeru dalam tempoh perkenalan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Norhayati, dia telah melihat bagaimana hubungan keakraban saya dengan Kak Mi. Ketika itu dia kelihatan boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Namun, yang saya pelik beberapa hari selepas berkahwin, Norhayati mula menunjukkan perasaan cemburunya terhadap saya dan Kak Mi, padahal sebelum kami berkahwin, dia pun sangat rapat dengan Kak Mi,” luahnya.

Norhayati mengintip Roslin
“Apa yang saya sangat kesalkan sehingga sanggup menceraikannya ialah apabila dia seolah-olah mengintip pergerakan saya dan Kak Mi.
“Kalau tidak mana dia tahu kami pergi menunggang kuda dan makan durian di Kem Isi Rimba di Kemensah, Hulu Klang sebelum saya menemani Kak Mi untuk membuat check-in di Hotel Corus, di Ampang sebagai lokasi pertemuan seorang rakan Abang Jack daripada Johor yang akan berjumpa kami semua di situ,” jelasnya.

 “Sedangkan saya ada beritahu dia pada kira-kira pukul 3.30 petang, saya akan menemani Kak Mi untuk perasmian Kelab Kuda di Kem Isi Rimba kerana sepatutnya Abang Jack dan Misbun merasmikan acara tersebut tetapi disebabkan kedua-duanya tidak berkesempatan hadir, justeru kami berdua menggantikan mereka.

“Selepas itu pada pukul 7 malam saya menemani Kak Mi ke Hotel Corus dan hanya Kak Mi yang masuk ke hotel itu tapi saya menunggu Abang Jack dan rakannya itu yang dijadualkan bakal tiba di situ sejam kemudian, di luar hotel itu.”

“Sehinggalah apabila saya mendapat panggilan Abang Jack mengatakan dia menerima panggilan telefon daripada Norhayati dan keluarganya yang mengajak Abang Jack kononnya untuk ‘menangkap’ saya berdua-duaan dengan Kak Mi di bilik hotel tersebut. Sedangkan ketika mereka semua masuk ke bilik itu, saya sememangnya berada di luar hotel tersebut dan hanya menemui mereka selepas itu.

“Apabila saya mendapat tahu Norhayati mengetahui dengan terperinci segala kegiatan saya pada hari tersebut, saya berasa sangat marah kerana bagi saya dia tidak lagi percayakan saya dan sanggup membuat intipan, sehingga membuatkan saya terus menyebut perkataan cerai.”

Mengulas mengenai pernikahannya dengan Nurhayati yang hanya kekal selama 28 hari dan isterinya sebelum ini, Faizah Mohamad pada tahun lalu yang bertahan selama 12 hari.

Roslin berkata: “Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai dalam tempoh yang singkat banyak kali. Tapi saya menerimanya sebagai takdir dan percaya ada hikmah di sebaliknya.”


“Kalau ditakdirkan ada jodoh, saya akan menerimanya. Hubungan saya dengan Kak Mi dan Abang Jack juga tidak berubah, malah jika sebelum ini saya tinggal bersama Norhayati di sebuah kondo di Wangsa Maju, kini saya kembali tinggal bersama mereka di Ukay Perdana,”
Kalau ada jodoh lagi dia ingin mempunyai isteri yang ada pegangan agama yang kukuh.


Sumber :Kosmo

6 comments:

Kimie Hashim said...

dia ni dah jadi romeo la pulak, kahwin pastu suka-suka je cerai isteri..gila ke?

Iman's Umi said...

Baik muhasabah diri dlu sblm kawin lg... dn klu blh, xyah la kawin dgn org yg dikenalkan oleh Kak Mi awk tu lg...cari sendiri x blh ke?

Aku said...

kalo dia jujur dalam perhubungan,semua ni takkan jadi..
cuba bini ko berdua-dua an ngan jantan lain,ko suka?

H Y D E said...

mcm2 lah...

sapa yg salah sbnarnya hnya Allah ja yg Tahu~

Nasir said...

ntah apa2 la mamat nie sekoq,,,suka ja kawin n cerai...:(

nuriz said...

cik daisy marah benor nampak hehe..sabar sabar :)

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics