Thursday, August 5, 2010

Video Pelajar Tumbuk Cikgu di Sarawak- Kerana Mulut Badan Binasa

Lagi berita hangat dan sensasi, video pelajar tumbuk cikgu di salah sebuah di Sarawak, dari loghat percakapan agaknya dari Sarawak le kan. Video ni menunjukkan pelajar dan guru sedang bertengkar dan berlaku salah faham, kemudian pelajar tu tak dapat mengawal kemarahan dia dan akhirnya menyerang dan menumbuk cikgu tadi.

Dari pertengkaran tu, saya nak ambil le sikit sikit ayat ayat yang dilontarkan oleh pelajar tu dan jawapan dari cikgu tu..kerana mulut badan binasa..

Lihat Video tersebut





Pelajar tu kata:
"Waktu cikgu marah kami tanpa sebab, waktu kami mahu beri penjelasan pada cikgu, cikgu tak mahu dengar..
cikgu ada tanya perasaan saya?"


Cikgu jawab:
"Perlu kah saya tanya perasaan kamu?"

Cikgu kata: "Besar sangat kah kamu?"

Pelajar jawab : " Cikgu yang besar...perut saja besar" 
Cikgu: " Mengata orang lagi..
Pelajar : Cikgu mengata saya"
Cikgu: " Menangis..
Pelajar" Apa cikgu sibuk saya menangis, saya punya perasaan."

Pelajar: "Saya tak ada salah..cikgu marah saya"
Cikgu:"Ikut suka saya la, saya cikgu"
Pelajar: "ikut suka saya juga"
Cikgu: " kamu seorang pelajar."
Pelajar:" kamu pengajar"
Cikgu :"cakap macam pandai sangat..muka tak malu.."
Pelajar:" cikgu juga muka tak malu..tembam".


Cikgu baju putih : "kamu mintak maaf sama cikgu.."

Pelajar: " tak nak sampai mati pun tak nak".


Cikgu kena tumbuk:"pegi mampus la kau"

Pelajar:"kamu juga mampus"


Pelajar:"cikgu sudah melampau..2tahun saya dendam sama cikgu"

....dan scene serangan tumbuk terjadi..

ok rasanya tahap menggigil budak tu bertambah apabila cikgu mengeluarkan ayat "pegi mampus la kau"
pada tahap tu, pelajar tu dah tak dapat menahan perasaan geram dia.
Walaupun cikgu tu tak terjerit jerit tapi ayat yang keluar amat pedih sekali..kerana mulut badan binasa kan?

Budak tu memang biadap tapi cikgu pun duk malukan dia depan cikgu lain buat apa kan?Nak tegur biar tegur cara yang betul.
Cikgu tak nak dengar penjelasan dan tak mau tau perasaan pelajar..kerana apa? ego? kerana dia cikgu? ikut suka dia? pikir pikirkan le...

10 comments:

Gen Fujita said...

Video klip ni sekarang memang tengah hangat circulate. Pendapat saya sama, kalau saya, dua-dua saya basuh, cikgu-cikgu dengan budak-budak tu sekali. Masing-masing ada salah.

Nour Eyza said...

jadi seorang cikgu bukanlah untuk berlagak..
tapi disebabkan cikgu tu berlagak maka dia ditumbuk..
murid memang budak.. murid memang pendek akal..
sebab itulah cikgu perlu ada untuk bimbing pelajar seperti budak tu..

nuriz said...

setuju..budak dah pendek akal cikgu pun sama naik nak pendek akal gak

akobei said...

cikgu tu memang tidak pandai mengatasi masalah pelajar-pelajar... kena banyak belajar lagi cara mengatasi pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin....fikir-fikir kan lah...cikgu perlu belajar juga....

azremy said...

sebagai cikgu,kenalah pandai kawal
keadaan,bknnye mengeruhkan,ego tu
sama besar ngan perut.cara dn tempat menegurpun tk sesuai.elok cikgu di
malaysia anta kaunseling

nuriz said...

cikgu disiplin memang dibenci oleh murid kot dan lagi satu cikgu disiplin selalu berperwatakan bengis dan garang

Unknown said...

sptut ya cg pndai kawal situasi .
bukn yep mngeruhkan lagi keadaan yg suda sdie keruh.

Unknown said...

aku rase bukan pelajar ni je yang dendam kat cikgu ni.
mungkin ramai lagi pelajar yang tak suke kat dia
sebab perangai dia mcm kerek sikit kan..

JaJa'Z said...

bukan niat nak menegur anda2 semua..tapi jd lah cikgu dulu baru anda semua tahu mcm mana cabaran menjadi tenaga pengajar dizaman sekarang ni..melihat tak sama dengan yang mengalami...bukan saya nak menangkan cikgu kerana saya cikgu..tapi itu lah hakikatnya menjadi cikgu dizaman pelajar yang serba maju tapi kurang dr segi kesedaran sivik..

Unknown said...

cikgu tersebut mempunyai PR yang sangat teruk, tak tau cara berkomunikasi dengan berkesan. X ade kesudahan yang dicari kalau mcm nie. Mmg student tu salah, tp cara nye x betul.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics