Wednesday, September 22, 2010

Ac Mizal Dapat Gelaran Datuk

Pelakon dan pengacara Ac Mizal mengesahkan dia mendapat gelaran Datuk dari Sultan Pahang dan mengaku menerima surat anugerah Datuk tu pada awal bulan puasa lalu. AC Mizal bakal terima gelaran Datuk secara rasmi pada akhir tahun ni. Kalau Ac dapat Datuk, isteri dia Emelda dapat Datin le..Datin Emelda hehehe!!

Ac Mizal ada perniagaan sendiri dan menjadi pengerusi AC Konsortium Sdn Bhd. Dia memberitahu gelaran Datuk yang diterimanya merupakan rezeki selepas dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Murah rezeki Ac Mizal nooo..cepat je dapat Datuk walaupun masih muda lagi. Mesti banyak sumbangan ni kalau tak mana boleh senang senang nak dapat gelaran Datuk kan?

Ac Mizal


Apa kata Ac Mizal pulak :



"Saya dapat gelaran ini disebabkan kejayaan saya sebagai artis yang berjaya dalam perniagaan. Walaupun belum setahun lagi perniagaan saya ini tapi Alhamdulilah rezeki perniagaan saya semakin baik.

"Secara tidak langsung saya boleh memberi contoh yang baik kepada artis-artis muda yang lain. Saya tidak mahu artis hanya dikaitkan dengan cerita-cerita negatif sahaja,"

"Saya masih dalam industri seni. Saya ada kontrak dengan Astro selama dua tahun lagi. Insya-Allah lepas raya ini ada program yang yang akan saya kendalikan.

"Untuk tawaran berlakon memang sekarang saya kurangkan sedikit sebab saya ada tanggungjawab terhadap perniagaan yang saya usahakan ini. Namun begitu saya masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur dan masa saya,"

Tahniah pada Ac, moga moga cepat le selesai kes tuntutan nafkah anak-anak tu, bisnes makin maju kan ..kuangg3!!

Sumber : Mstar Online

7 comments:

BabiesMom said...

wah... rezeki AC la.. suker nyer.. tumpang gembira utknyer... rezeki... bulan2 mulia nie..

Cikpuan Qiqi said...

wah...besh nye AC dapat gelaran datuk..cik nuriz ni cepataje dapat berita..hehehee

cikCOKLET:) said...

waa..mudanya dh jd datukk!

Taska Ummi said...

dah rezeki dia....

Unknown said...

tahniahh.nak tiruu.hee.

nuriz said...

tiru jd datuk ke hehe...

cik qiqi..ada org lg cepat dpt berita ni :)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

buat MLM pun dapat gelaran ye... senang sungguh... uhuhuhuh

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics