Wednesday, September 8, 2010

Ajaran Sesat Dumai di Perlis - 9 Ditahan Kerana Sambut Raya Hari Ini

Orang raya hari Jumaat ni, tapi ada pulak golongan ajaran sesat yang teringin nak raya awal, siap sembahyang raya, ada khutbah raya lagi. Biar betul? Kejadian pelik yang sesat lagi menyesatkan ni berlaku di Perlis hari ni 8hb September.

Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
 
Petikan berita:




Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Mereka yang berusia antara 19 dan 52 tahun itu, tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina.

 Sumber :Star Online

p/s : Ajaran sesat  yang nak menggantikan Ayah Pin

2 comments:

Mel said...

macam2 la. tak sabo nak raye kot. =_="

Gen Fujita said...

orang lain semua buat andaian raya Khamis atau Jumaat, depa ni boleh raya hari Rabu. lawak betul. :D

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics