Tuesday, September 28, 2010

Cara Guna Broadband Prepaid Maxis dan Opera Mini

Macam mana nak guna Broadband Prepaid Maxis dan Opera Mini. Nuriz pernah guna Opera Mini untuk layari internet dengan broadband prepaid ni dulu, waktu kecemasan hanya menggunakan handphone 3g, ok le tu kan. Nuriz nak citer sikit macamana nak guna opera mini ni ye, kepada yang tak tau lagi.
Pakej Broadband Prepaid yang Maxis tawarkan ada 2 jenis:
Pakej Broadband Harian 24 jam -Rm8 dan Broadband Mingguan 7 Hari RM25.
Ada khabar khabar angin dulu internet boleh dapat percuma dengan Opera Mini ni, rasanya dah tak percuma kot, Maxis pun bukannya tak cerdik kan..


Cara- caranya,


Install dulu Opera Mini dalam handphone anda. Boleh guna PC Suite dan install (download di pc dan install ke henset guna pc suite)
Lepas tu Ubah Setting di handphone dari Line Maxis/Hotlink ke Line Broadband.
Tekan *100#
Pilih 7 Internet dan Tetapan
Pilih 3 Prepaid broadband
ada 2 jenis pakej kat situ, so pilih lah mana nak, Harian atau Mingguan.
Proceed kalau setuju

Lepas tu Maxis akan hantar SMS
your SIM has been changed to the profile of Broadband. APN = bbnet you” dari nombor 28222.
 Jadi line Maxis dah jadi Prepaid Broadband.

** Handphone anda tak boleh hantar atau terima MMS bila dalam mode Prepaid Broadband.

Nak tukar semula ke line Hotlink/Maxis asal boleh guna step tadi pilih Switching dan pilih line Hotlink semula.

Bila dah set semua tadi, boleh le buka Opera Mini dan layari le internet dengan Prepaid Broadband.

Opera Mini 5.1

3 comments:

fasham said...

betul ke percuma...tkt kena charge je...

Saddan Juhari said...

still free lagi kot.. cuz I tgh pakai skunk..

IKRAM said...

Free la.. Jangan ambil yg berbayar

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics