Thursday, September 30, 2010

Gambar Esma Daniel , Erra Fazira, Zizan Nin dalam Teater Muzikal Tun Mahathir

Pada malam 23hb September berlangsunglah teater muzikal Tun Mahathir, dan semua kisah zaman kanak-kanak, remaja hinggalah zaman bercinta Tun pun ada. Saya pernah baca buku biografi Dr Mahathir dulu bagaimana dia berjumpa dan berdating dengan Tun Siti Hasmah dan depa jugak pi tengok wayang bersama. Wahhh!!  rumantika gitu...seronok gak baca biografi Tun ni sampai tak sedar kadang-kadang tu punya asyik dengan kisah menarik dalam buku biografi tu.

Ini ada beberapa koleksi gambar-gambar dalam Teater Muzikal Tun Mahathir, Gambar Esma sebagai Mahathir, gambar Zizan sebagai Mahathir remaja dan gambar Erra Fazira sebagai Siti Hasmah.




                    Gambar Esma dengan watak Tun Mahathir dan Erra watak Tun Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan Teater Muzikal Tun Mahathir, sebagai suatu persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan.

Pementasan teater ini adalah antara yang paling berjaya dengan lakonan dan skrip cukup bagus.

"Saya cukup kagum dan terpesona dengan seni muzik dan koreografi yang dihasilkan oleh setiap tenaga kerja pementasan teater ini.



Gambar Esma sebagai Mahathir

"Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menghidupkan suasana dalam pementasan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya di sini, Ahad malam.

Dr Siti Hasmah, isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sukar untuk dibayangkan bagaimana sejarah dapat dijadikan satu konsep muzikal dan ternyata ia sesuatu realiti malah berjaya dipentaskan kepada orang ramai.

Hadir sama menyaksikan pementasan teater ini, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama isteri Datin Seri Maznah Rais.



Teater muzikal, yang dipentaskan selama 14 hari sehingga 4 Okt, menceritakan mengenai kehidupan Dr Mahathir dari kecil, semasa memegang jawatan Perdana Menteri hinggalah kepada kehidupannya pada masa kini.

Ia membariskan Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).




Teater muzikal itu diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA Rosminah Mohd Tahir manakala skripnya ditulis oleh Ismail Kassan.


 Sumber Bernama

3 comments:

Amira is mira said...

teringin nak tgk teater ni..mcm best.mesti lakonan erra ngn isma meletops...bestnya kalau dapat tgk

Solihin Zubir said...

comeynya era bila tua.. haha..

sud@is said...

macam best teater ni ...akan ditayang kat tv ke....

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics