Lagi cerita panas pasal Guan Eng yang dikatakan sembelih lembu korban dengan tersebar gambar fitnah menunjukkan Guan Eng sedang sembelih lembu korban. Gambar ini ialah gambar super impose atau diedit . Gambar sebenar ialah gambar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak ditindih wajah Guan Eng atas gambar Datuk Seri Nizar.
Pandai depa pilih Datuk Seri Nizar ni yang muka dan kulit ala ala chinese kan.Pastu sesuka hati tampal gambar Guan Eng atas tu.
Siapakah dalang yang memfitnah dan bermain dengan isu sensitif agama ni. Puak ini memang sengaja nak memecah belahkan perpaduan kaum negara kita. Di bulan Ramadhan yg mulia ni pulak fitnah buruk ni tersebar.
Lihat gambar super impose fitnah tu:
Petikan berita dari Sinar Harian:
Polis diminta menyiasat dengan segera individu yang terlibat memfitnah Lim Guan Eng menerusi penyebaran gambar yang dihasilkan menerusi teknik pertindihan (super impose) Ketua Menteri itu sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam.
Exco Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman berkata, fitnah seperti itu amat merbahaya kerana ia melibatkan sentimen agama yang amat sensitif bagi umat Islam.
“Saya tidak fikir ini strategi politik biasa. Kerana itu, polis perlu siasat dengan segera siapa dalangnya dan ambil tindakan paling tegas,” katanya.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai melampau, Mohd Faruk berkata, mereka yang terbabit juga ternyata tidak menghormati kemuliaan Ramadan.
“Saya percaya, ini perbuatan individu atau kumpulan dalam UMNO,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata, polis perlu menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang sengaja memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan itu.
Menurutnya, Ketua Menteri sememangnya seorang yang prihatin dan mesra dengan semua kaum, malah pada bulan Ramadan ini, jadualnya padat dengan pelbagai majlis berbuka puasa.
Wei Aik berkata, Guan Eng masih tahu batas serta perkara yang boleh dibuat dan yang tidak boleh terutama membabitkan hal keagamaan.
“Tuduhan mereka tidak berasas. Mereka sudah semakin melampau kerana dengan sewenang-wenangnya bermain isu yang sangat sensitif. Ini berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan kaum serta keamanan yang kita kecapi sejak sekian lama
6 comments:
ini gmbr baru ke?x perasan plk cerita ni.skrg ni mcm2 org buat utk melaga-lagakan kaum dan agama.klu yg x berfikir,dah tentu terpengaruh dgn permainan ni.tp rasanya sume dah tahu sape yg edit gmbr ni.x pyh lah tggu polis siasat,smpi raya thun depn blum tentu slesai lg.
gambar ni dalam akhbar sinar harian hari ni edisi utara
tula pasal...
memang bangang betol..fitnah orang bulan2 puasa ni~emmm
banyak lagi kerja lain buat bulan2 poser nie....susah susahhhhh jer :)
Assalamualaikum,
Tidaklah menjadi kehairanan jika di bulan puasapun fitnah masih ada lantaran fitnah itu sendiri sudah menjadi budaya bagi sesetengah "buaya" politik di negara ini.
Mereka sanggup merampas sesuatu yang kononnya hak mereka walau dengan cara apa sekalipun, kempen yang berkaitan sudahpun dilancarkan, sedangkan sebenarnya ia milik bersama, milik rakyat Malaysia.
ini Guan Eng yang terkena fitnah puak gerombolan..tak habis-habis dengan kerja laknat ini..
fitnah itu lebih bahaya dari mata pedang..dah menjadi kebiasaan mereka bermain dengan isu perkauman dan keagamaan..
sebelum ni, bukan sahaja gambar Guan Eng sembelih korban, tapi gambar beliau beserban dan memakai jubah hasil teknik super impose atas gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
Astagfirullahalazim..
Post a Comment