Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang Pahang kira-kira 9.30 pagi tadi.
Nasib empat anggota bomba dalam helikopter berkenaan masih belum diketahui, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood.
Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari udara.
Helikopter Unit Udara Bomba dan Penyelamat yang membuat tugasan tinjauan udara di laluan Leburaya Pantai Timur (LPT) terhempas di kawasan ladang getah Felcra Kuala Kuang, Lanchang, Pahang, jam 9.30 pagi ini ketika dalam perjalanan membuat Ops Raya dari Subang ke Kerteh. Seorang Juruterbang dan 2 anggota Unit Udara Bomba & Penyelamat cedera dan dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Zundin berkata, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.
"Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera, manakala seorang parah," katanya ketika dihubungi di sini.
Identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.
"Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan pendaratan cemas," katanya.
sumber- BERNAMA
2 comments:
moga nasib penumpang tu selamat..huhu
xde yg meninggal kan dalam kjadian ne kak?
Post a Comment